CARI-HBZ Publish time 23-4-2024 11:20 PM

Lelaki tangkap aligator dengan tangan kosong

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202404/23/231949dxz29be2v60b4bv2.png





WASHINGTON – Seorang lelaki di Florida dirakam bertarung dengan seekor aligator jantan yang mengganggu ketenteraman penduduk di kawasan kejiranan pusat bandar Jacksonville pada hujung minggu lalu, lapor laman berita Fox News semalam.


Mike Dragich, hanya menggunakan tangan kosong apabila dia menentang reptilia sepanjang 2.43 meter itu selain hanya berkaki ayam.


Beliau merupakan ahli sukan seni bela diri campuran yang juga dikenali sebagai @bluecollar_brawler di media sosial.


Dragich dikenali ramai pada Jun tahun lalu apabila dia menangkap seekor lagi aligator yang ditemui di tempat letak kereta berhampiran sebuah sekolah rendah di Jacksonville.


Beliau berkata, kejadian baru-baru ini merupakan antara tangkapan haiwan liar seterusnya yang berjaya dilakukan.


“Ia (aligator) berlari ke arah polis dan sekumpulan orang. Semua orang menjerit,” kata Dragich ketika menggambarkan kejadian itu.


Lelaki itu dilaporkan memiiki lesen menangkap haiwan tersebut. – AGENSI

B40tastePosh Publish time 23-4-2024 11:30 PM

Sebab tu diorg boleh meneroka seluruh dunia.

dani-rox Publish time 23-4-2024 11:39 PM

Florida Man ;P

kat sana rasanya ada kes buaya naik ke atas jalan raya dan makan gelandangan pompuan hidup2.

FOTHER-MUCKER Publish time 24-4-2024 12:12 AM

Jika di Malaysia guna bomoh untuk tangkap binatang seperti ini

Itzy Publish time 24-4-2024 12:22 AM

B40tastePosh: Sebab tu diorg boleh meneroka...
Bangsa arab yang pertama meneroka seluruh dunia. Tanpa ilmuan2 islam yang hebat dan rajin, semua manusia zaman sekarang dok tinggal atas pokok lagi hahhahahahh

kaedahnya Publish time 24-4-2024 12:23 AM

florida man ni subculture amarika la kira noh

sayurmayur88 Publish time 24-4-2024 07:23 AM

Florida tuh..

Simunggu Publish time 24-4-2024 09:20 AM

kalau berani tangkap bujang senang di borneo dgn tangan kosong

I.K.A888990 Publish time 24-4-2024 10:00 AM

tak dpt bayangkan la kalau aligator tu berlari kat org
mmg tang tu jgk putus nafas haha

Decaffeinated Publish time 24-4-2024 03:26 PM

Hadoilah TT, tangan kosong tu bila ko pergi majlis tak bawa sumbangan atau balik dari cabutan bertuah tak dapat hadiah.

Kalau guna bare hands, melayu cakap guna tangan ja.

clueless_gamer Publish time 26-4-2024 03:15 AM

dah macam kendong golden retriever je kekdahnya :lol:
Pages: [1]
View full version: Lelaki tangkap aligator dengan tangan kosong


ADVERTISEMENT