Vellfire Publish time 23-4-2024 11:07 PM

Dewan Undangan Sarawak tanpa perkataan 'negeri' selaras semangat MA63

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240423/kch-ub230424-mm-hasidah-p1.jpg

Sharifah Hasidah merakamkan kenangan bersama tetamu kehormat dan hadirin pada pelancaran Program Dekad Membaca Kebangsaan hari ini.
KUCHING: Pengeluaran perkataan ‘negeri’ daripada nama bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak adalah wajar selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kata Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan) itu berkata, pentadbiran yang diterajui Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg harus dirujuk sebagai kerajaan Sarawak dan bukannya sebagai kerajaan negeri Sarawak.
“Jadi, adalah wajar kompleks itu dirujuk sebagai Dewan Undangan Sarawak tanpa perkataan ‘negeri.’
“Ini selaras dengan konsep di bawah MA63 yang mana kita adalah wilayah dan bukannya negeri,” katanya kepada media selepas menyempurnakan majlis pelancaran Program Dekad Membaca Kebangsaan di Pustaka Negeri Sarawak di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai hantaran Facebook Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, baru-baru ini.
Dr Sim dalam hantaran itu berkata, Dewan Undangan Negeri Sarawak kini dikenali sebagai Dewan Undangan Sarawak.
Mengenai pindaan Perlembagaan Malaysia mahupun Perlembagaan Sarawak untuk mengugurkan perkataan negeri, Hasidah berkata, perkara tersebut perlu diteliti terlebih dahulu sebelum apa-apa pindaan mahupun pembaharuan dilakukan.
“Dari apa-apa sudut undang-undang pun kita akan membuat porfolio, menilai apa yang patut kita laksanakan.
“Kita buat pindaan, kita perbaharui undang-undang, kita kemas kini undang-undang kita, memang proses ini berterusan kita laksanakan,” katanya.
Ditanya juga sama ada perkataan ‘negeri’ perlu dikeluarkan atau digugurkan daripada nama semua agensi dan jabatan kerajaan di Sarawak, Sharifah Hasidah berkata kerajaan akan memulakan dengan nama Dewan Undangan Negeri Sarawak terlebih dahulu sebelum meneruskan lebih lanjut.
Lagipula katanya, Premier Sarawak sentiasa duduk bersama Timbalan Perdana Menteri di mana-mana majlis persekutuan, menunjukkan kedudukan istimewa Sarawak di negara ini.
“Saya tidak begitu tahu tentang protokol persekutuan sebenar tetapi saya tahu bahawa setiap kali Premier kita menghadiri majlis persekutuan, beliau akan duduk sebagai jawatan yang sama dengan Timbalan Perdana Menteri,” katanya.
Sementara itu, pada Program Dekad Membaca Kebangsaan hari ini, pembinaan pusat Arkib Sarawak di Petra Jaya dijangka siap pada penghujung 2026.


https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/23/dewan-undangan-sarawak-tanpa-perkataan-negeri-selaras-semangat-ma63-sharifah-hasidah
Pages: [1]
View full version: Dewan Undangan Sarawak tanpa perkataan 'negeri' selaras semangat MA63


ADVERTISEMENT