Vellfire Publish time 23-4-2024 11:02 PM

Mohon dana UNIFOR berdasarkan keperluan atau kos sebenar rumah ibadat

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240423/kch-ub230424-hl-uggah-p1.jpeg

Uggah (dua kiri) menyampaikan cek kepada Fatimah (dua kiri) yang juga merupakan ADUN Dalat, di Kuching hari ini.
KUCHING: Rumah ibadat yang mahu mendapatkan dana daripada Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) hendaklah membuat permohonan berdasarkan keperluan atau kos sebenar.
Dlam satu kenyataan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas menegaskan bahawa pihak pemohon harus membuat anggaran yang tepat atau lebih tinggi untuk kerja-kerja pembinaan atau naik taraf.
"Persepsi bahawa UNIFOR sentiasa mempunyai wang adalah tidak wajar dan UNIFOR bukan seperti lembu susu," katanya sebelum menyampaikan geran berjumlah RM14.335 juta untuk membiayai 32 projek berbeza di 20 DUN di pejabatnya di sini.
Jumlah itu adalah di bawah pembayaran pertama UNIFOR, kata Uggah yang merupakan menteri bertanggungjawab bagi UNIFOR.
"Saya perhatikan di beberapa tempat trend sekarang adalah untuk memohon geran dengan anggaran yang sangat tinggi... yang sepatutnya berharga RM2 juta contohnya, menjadi RM6 juta.
"Ada beberapa organisasi yang terlalu bercita-cita tinggi juga sedangkan mereka mempunyai kira-kira 200 ahli tetapi merancang untuk membina sebuah gereja atau kuil yang menelan belanja beberapa juta ringgit.
"Dan hanya kerana kami telah meluluskan, contohnya, geran RM2 juta untuk gereja atau kuil tertentu, mereka yang memohon lainnya berada dalam kawasan yang sama juga mahu mendapatkan jumlah yang sama. Ini sekali lagi tidak logik," tegasnya.
Sehubungan itu, Uggah berkata wakil rakyat mesti membantu dalam mengkaji dan mengesahkan dana sebenar yang diperlukan.
Ini termasuk dalam menasihati Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg apabila beliau dikemukakan dengan sebarang permintaan sedemikian semasa lawatannya ke lapangan.
"Pegawai dan arkitek kami juga akan berada di lapangan untuk mengesahkannya," tambah beliau.
Mengenai isu lain, Uggah sekali lagi mengingatkan penerima bantuan untuk memulakan projek mereka secepat mungkin selepas menunaikan cek mereka.
"Dasar kami ialah UNIFOR tidak akan melayan permintaan dana selanjutnya jika anda gagal menggunakan peruntukan pertama yang diberikan, walaupun kami tahu anda masih memerlukannya.
"Kami juga mahu semua penerima memasukkan cek mereka untuk mengelakkannya menjadi batal dan tidak sah apabila tarikh luput," ujarnya kemudian.
Uggah berkata adalah menjadi hasrat kerajaan untuk melihat semua dana yang diberikan digunakan dengan sewajarnya.
“Ia akan menggagalkan tujuan kita jika dana itu tidak digunakan dengan sewajarnya atau segera.
"Adalah wajib bagi rumah ibadat untuk menyerahkan laporan kemajuan pembinaan atau naik taraf untuk tujuan kemas kini maklumat di UNIFOR mengenai pembinaan atau status dan perbelanjaan mereka," katanya.
Pihak UNIFOR tahun ini telah mendapat peruntukan berjumlah RM110 juta daripada Premier Sarawak.
Ini termasuk RM20 juta untuk membantu sekolah mubaligh yang sedang dalam proses pengagihan.
Antara yang menerima cek bagi pihak kawasan masing-masing adalah Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Dr Jerip Susil dan Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Snowdan Lawan, Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Sebastian Ting.
Juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan Tan Sri William Mawan Ikom, ADUN Opar Billy Sujang, ADUN Kota Sentosa Yap Yau Sin dan ADUN Bukit Semuja John Ilus.


https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/23/mohon-dana-unifor-berdasarkan-keperluan-atau-kos-sebenar-rumah-ibadat
Pages: [1]
View full version: Mohon dana UNIFOR berdasarkan keperluan atau kos sebenar rumah ibadat


ADVERTISEMENT