Vellfire Publish time 23-4-2024 10:46 PM

Joana, anak Kg Sumpas Tampek di Serian antara terkorban

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240423/kch-ub230424-jl-tldm-p1.jpg

Gambar Joana (kiri) yang dikatakan sempat dikongsi sebelum tragedi tersebut berlaku.
KUCHING: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengesahkan seorang daripada 10 mangsa insiden dua helikopter yang bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak ialah Joanna Felicia Rohna.
Difahamkan, mendiang Joana, 24, merupakan anak kelahiran Kampung Sumpas Tampek, Jalan Batu 11, Serian, Sarawak.
Mendiang merupakan anggota Jabatan Agensi Keselamatan Awam yang berkhidmat di bawah TLDM berpangkat Laskar Kelas 1 JJM dan merupakan penumpang salah sebuah helikopter (M503-3) yang terhempas bersama enam lagi mangsa.
Mangsa yang turut terkorban ialah Komander Muhammad Firdaus Ramli, Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin, Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi, Pegawai Waran II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun, Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy dan Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar.
Manakala, tiga mangsa dari sebuah lagi helikopter (M502-6) ialah Komander Muhamad Amir Mohamad, Leftenan Sivasutan Thanjappan dan Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi.
TLDM mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dan pengurusan jenazah akan dilaksanakan dalam masa terdekat mengikut tradisi Tentera Laut.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/23/joana-anak-kg-sumpas-tampek-di-serian-antara-terkorban

Vellfire Publish time 23-4-2024 10:51 PM

https://www.instagram.com/p/C6GktjMNX_-/?igsh=MXdtdG5oNndzZDQyNQ==

Vellfire Publish time 23-4-2024 10:52 PM

https://www.instagram.com/p/C6GGosdPx0d/?igsh=MWNncXd6OTg5YWtjeg==

Vellfire Publish time 23-4-2024 11:36 PM

Edited by Vellfire at 24-4-2024 11:05 AM

Tragedi helikopter TLDM: Adik mahu kakak dikebumikan di Sarawak

https://assets.bharian.com.my/images/articles/WhatsApp_Image_2024-04-23_at_10.40.54_PM_1713883635.jpg

Joanna Felicia Rohna (kiri)
https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240424/whatsappimage2024-04-24at001501.jpeg

KUCHING: "Saya mahu kakak dikuburkan di sini dan mahu melihat dia buat kali terakhir," itu luahan Honey Viviane Francis ketika mengetahui kakaknya, Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna terkorban dalam nahas helikopter pagi tadi.

Honey, 16, berkata berita sedih mengenai pemergian kakaknya itu disampaikan oleh ayahnya yang datang ke sekolah untuk memaklumkan kepada dia dan adiknya pada jam 11 pagi tadi.

"Bapa turut menunjukkan video helikopter yang terhempas itu. Saya terkejut hingga tidak dapat berkata-kata seakan tidak percaya kakak sudah tiada, rasa macam semalam baru berborak dengan dia," katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Sumpas Tampek, kira-kira 110 kilometer dari sini.

Pelajar Tingkatan Empat itu berkata, kali terakhir dia bertemu dengan kakaknya pada sambutan Hari Gawai tahun lalu dan pesanan daripada kakaknya supaya belajar bersungguh-sungguh serta menjaga ahli keluarga dengan baik masih terngiang-ngiang.

"Dia seorang saja kakak saya, saya sangat sedih tapi reda kerana Tuhan lebih sayangkan dia," katanya dalam nada sayu.

Joanna antara 10 mangsa yang terkorban dalam nahas dua helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak pada jam 9.32 pagi semasa Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang TLDM ke-90.

Sementara itu, bapa saudara mangsa, Johny Mayi berkata, ibu bapa Joanna menerima berita kematian anaknya menerusi panggilan telefon daripada pihak TLDM di Lumut.

"Pada ketika itu, berita kematian anak saudara saya belum dapat disahkan…hinggalah selepas sejam kemudian kami tengok di media sosial.

"Semasa menerima panggilan telefon itu, kami baru sahaja mahu makan tengah hari. Mak Joanna ketika itu terkejut dan tidak percaya dengan kejadian yang menimpa anaknya," katanya.

Johny berkata, pada kira-kira jam 3.30 petang tadi, kedua ibu bapa Joanna dibawa oleh pegawai TLDM ke lapangan terbang untuk ke Perak bagi proses pengecaman dan pengurusan jenazah. - BERNAMA


https://www.bharian.com.my/berit ... ebumikan-di-sarawak

Vellfire Publish time 24-4-2024 06:48 PM

"Dia sudah tiada untuk kami", kata nenek mendiang Joanna

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240424/kch-ub240424-jw-joanna-p1.jpg

Rindung menunjukkan gambar mendiang Joanna, yang dijaganya dari kecil sampai dewasa dan kehilangan cucunya itu pasti akan dirasai. - Gambar Roystein Emmor
KUCHING: “Dari kecil sampai dewasa dan sampai berkahwin, saya dan datuknya jaga, tetapi sekarang dia sudah tiada untuk kami,” demikian kata Rindung Milo, iaitu nenek kepada Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna yang terkorban dalam nahas helikopter pagi semalam.

Masih terkejut dan bersedih dengan pemergian cucunya itu, Rindung, 65, berkata, meskipun sudah berkahwin Joanna tetap akan menjenguk dia dan datuknya jika berkesempatan pulang ke kampung mereka di Kampung Sumpas, Tampek Jalan Batu 11 di Serian.

“Saya jaga dia dari kecil sampai besar, sampai habis belajar dan berkahwin. Jika dia ada kesempatan pulang bercuti, dia memang tidak akan lupa untuk pulang ke sini untuk menjenguk saya dan datuknya.

“Saya masih sayang cucu saya, tapi apa daya saya. Saya dan datuk dia orang susah sekarang tiada orang yang membantu kami.

“Joanna cucu yang sangat baik, selalu memberi kami belanja dan dia juga bantu kami membuat rumah. Dia bekerja dan memberi wang kepada kami tetapi sekarang tiada lagi dia untuk kami,” katanya ketika ditemui di kediaman mereka di Kampung Sumpas, Tampek, malam semalam.

Rindung berkata malahan perbualan terakhir sebelum Joanna meninggal baru-baru ini, dia meminta bantu cucunya untuk membelikannya telefon baharu kerana telefon yang ada telah rosak.

Namun ujar Rindung semua itu tidak kesampaian selepas dia menerima perkhabaran yang sangat menyayat hatinya pagi, semalam apabila cucunya disahkanya antara yang terkorban dalam nahas itu.

"Kini dengan pemergiannya, saya tidak fikir saya akan dapat menikmatinya," ujarnya.

Sementara itu bapa saudara kepada Joanna, Johny Manyi yang turut berada di kediaman itu berkata, Joanna sebelum ini menyatakan hasrat untuk pulang bercuti Hari Gawai akan datang.

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240424/kch-ub240424-jw-joanna-p2.jpg

Rindung bersama Tumbo Usen, iaitu datuk kepada mendiang Joanna bersedih dengan pemergian cucu mereka. - Gambar Roystein Emmor
Joanna katanya, tidak pernah melepaskan peluang untuk pulang menjenguk keluarga apabila diberi kesempatan bercuti sama ada sebelah keluarganya atau sebelah ibu bapa mentuanya.

“Minggu lepas iaitu pada Rabu, dia ada telefon menyatakan hasrat untuk balik cuti Gawai kalau ada kesempatan. Dia tidak pernah melepaskan peluang sekiranya ada cuti memang akan balik ke kampung.

“Biasanya, dia tidak telefon menyatakan untuk balik cuti, tapi kali ini dia buat panggilan menyatakan hasratnya itu,” katanya.

Johny menyifatkan mendiang Joanna merupakan seorang yang periang, peramah dan tidak pernah mengeluh untuk melakukan apa sahaja kerja sejak dari kecil lagi.

Katanya setiap kali balik ke kampung, mendiang pasti akan menziarahi semua saudara mara di kampungnya dan berkongsi cerita dengan mereka.

“Dia tidak pernah mengeluh apa sahaja kerja diberikan. Masa masih sekolah menengah dia membantu buat kerja di kebun dan sebagainya. Dia suka menolong orang lebih-lebih lagi datuk dan neneknya,” katanya.

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240424/kch-ub240424-jw-joanna-p3.jpg

Johny menyatakan mendiang pernah telefon menyatakan hasrat untuk pulang cuti Gawai sebelum terlibat nahas. - Gambar Roystein Emmor
Johny menyatakan dia bersama ahli keluarga lain masih lagi terkejut dengan berita mengenai nahas helikopter yang melibatkan Joanna.

Semalam, media melaporkan dua helikopter TLDM iaitu pesawat Fennec (M502-6) dan pesawat HOM (M503-3) bertembung sebelum terhempas di Pangkalan TLDM Lumut pada 9.30 pagi.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri dipetik berkata, semua 10 mangsa yang berada di dalam kedua-dua helikopter itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Joanna antara 10 mangsa yang terkorban dalam nahas dua helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak pada 9.32 pagi semasa Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang TLDM ke-90.

Difahamkan, proses bedah siasat terhadap semua mangsa di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini dijangka selesai jam 2 petang, hari ini.

Lapan jenazah mangsa berkenaan akan diberikan penghormatan terakhir mengikut istiadat ketenteraan di Batalion Ke-23 RAMD sebelum dibawa ke lokasi pengebumian mengikut permintaan keluarga masing-masing.

Sementara mendiang Leftenan T Sivasutan pula akan dibawa ke kediaman keluarganya di Sitiawan, Perak sejurus selepas proses bedah siasat selesai, manakala jasad Laskar Kelas JJM Joanna Felicia Rohna akan diterbangkan ke Kuching, Sarawak.


https://www.utusanborneo.com.my/ ... nek-mendiang-joanna

Vellfire Publish time 24-4-2024 07:46 PM

Jasad Joanna akan dibawa ke Kampung Engkaroh hari ini

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240424/whatsappimage2024-04-24at181906.jpeg

KUCHING: Jasad Laskar Kanan JJM Joanna Felicia Rohna (gambar) dijangka akan dibawa ke Kampung Engkaroh, Tebakang di Serian, hari ini.

Menurut jurucakap Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), jasad mendiang dijadual diterbangkan dari Subang sekitar jam 5 petang ke Kuching menggunakan pesawat C130.

“Rancangan pengebumian mendiang dijangka pada esok hari (25 April) 2024 sekitar jam 9 pagi,” katanya dalam kemas kini maklumat diedarkan kepada media hari ini.

Joanna antara 10 mangsa yang terkorban dalam nahas dua helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak jam 9.32 pagi semasa Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang TLDM ke-90.

Difahamkan, proses bedah siasat terhadap semua mangsa di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini dijangka selesai jam 2 petang ini.

Lapan jenazah mangsa berkenaan akan diberikan penghormatan terakhir mengikut istiadat ketenteraan di Batalion Ke-23 RAMD sebelum dibawa ke lokasi pengebumian mengikut permintaan keluarga masing-masing.

Sementara mendiang Leftenan T Sivasutan pula akan dibawa ke kediaman keluarganya di Sitiawan, Perak sejurus selepas proses bedah siasat selesai manakala jasad Laskar Kanan JJM Joanna Felicia Rohna akan diterbangkan ke Kuching.


https://www.utusanborneo.com.my/ ... g-engkaroh-hari-ini

Vellfire Publish time 24-4-2024 08:15 PM

fuYWGZzG6Pk

Vellfire Publish time 24-4-2024 08:18 PM

bduVmFkt_zY

Vellfire Publish time 25-4-2024 10:28 AM

https://www.instagram.com/reel/C6KshRSJ60N/?igsh=NWE0eHg2OHFjOTBw

Vellfire Publish time 25-4-2024 02:57 PM

https://www.instagram.com/reel/C6LKRDtMzRy/?igsh=N3B3ajk5YzdxMXl2

Vellfire Publish time 25-4-2024 07:58 PM

Jasad mendiang Joanna selamat tiba di Kuching

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240425/whatsappimage2024-04-25at004230.jpeg

Kelihatan van jenazah TUDMyang membawa jasad mendiang Joanna keluar dari Pangkalan Udara TUDM Kuching sekitar jam 12.30 malam. - Gambar Chimon Upon
KUCHING: Pesawat membawa jasad mendiang Laskar Kanan JJM Joanna Felicia Rohna dari Ipoh, Perak selamat tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuching sebentar tadi.

Jasad mendiang yang dibawa menggunakan pesawat C-130 milik TUDM berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) Ipoh, Perak dan tiba di Pangkalan Udara TUDM Kuching sekitar jam 11.54 malam.

Jasad mendiang yang turut diiringi ahli keluarga itu akan dibawa terus ke kampung suaminya di Kampung Engkeroh, Tebakang di Serian sebelum dikebumikan sekitar jam 9 pagi ini (25 April) di Tanah Perkuburan Kristian Kampung Engkeroh.

Joanna antara 10 mangsa yang terkorban dalam nahas dua helikopter terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak pada pagi pada Selasa semasa Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang TLDM ke-90.

Terdahulu, media melaporkan dua helikopter TLDM iaitu pesawat Fennec (M502-6) dan pesawat HOM (M503-3) bertembung sebelum terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, pagi Selasa.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri dipetik berkata, semua 10 mangsa yang berada di dalam kedua-dua helikopter itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Difahamkan, proses bedah siasat terhadap semua mangsa di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini selesai sekitar jam 2 petang, Rabu.

Jenazah lapan mangsa nahas helikopter terhempas di Pangkalan TLDM Lumut semalam, selesai disembahyangkan dan diberi penghormatan terakhir mengikut istiadat rasmi di Kem 23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Ipoh kira-kira 6 petang ini.

Sementara mendiang Leftenan T Sivasutan pula dibawa ke kediaman keluarganya di Sitiawan, Perak sejurus selepas proses bedah siasat selesai, manakala jasad mendiang Joanna diterbangkan ke Kuching.


https://www.utusanborneo.com.my/ ... mat-tiba-di-kuching

Vellfire Publish time 25-4-2024 08:05 PM

Tragedi helikopter: Wirawati TLDM, Joanna selamat dikebumikan

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240425/kch-ub250424-hs-mangsatldm-p4.jpg

Penghormatan terakhir daripada para pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang hadir memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Joanna di di Tanah Perkuburan Kristian, Kampung Engkeroh. - Gambar Roystein Emmor
SERIAN: Mendiang wirawati dari Kampung Sumpas Tampek, Laskar Kanan (LK) JJM Joanna Felicia Rohna yang terlibat dalam tragedi helikopter di Lumut, Perak pada Selasa lalu, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kristian, Kampung Engkeroh di sini pada jam 11.30 pagi tadi.

Suasana pilu menyelubungi penduduk kampung yang berada di pekarangan rumah masing-masing untuk memberi penghormatan terakhir apabila jasad mendiang diusung sepanjang perjalanan dari rumah keluarganya di Kampung Engkeroh hingga ke tanah perkuburan.

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240425/kch-ub250424-hs-riotmendiang-p2.jpg

Suami mendiang, Hasley Ali membawa anaknya semasa upacara pengebumian isteri tercinta di Tanah Perkuburan Kristian, Kampung Engkeroh. - Gambar Roystein Emmor

Jasad ibu kepada dua anak kecil itu tiba di tanah perkuburan pada jam 10.35 pagi dan upacara pengebumian dilaksanakan dengan penuh istiadat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Keranda yang membawa jasad mendiang, 26, diusung oleh anggota TLDM dan urusan pengebumian turut dibantu oleh anggota dari Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div).

Kumpulan bantuan pengebumian melibatkan seramai 78 anggota yang terdiri daripada 17 pegawai dan 61 anggota lain-lain pangkat.

Semasa upacara, Laksamana Pertama Ir Ts Franklin Jeyasekhar Joseph mewakili TLDM turut menyerahkan Bendera Ensign (Panji-Panji TLDM) kepada suami mendiang, Hasley Ali, sebagai tanda penghormatan terakhir.

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240425/kch-ub250424-hs-mangsatldm-p5.jpg

Franklin (kanan) menyerahkan Bendera Ensign (Panji-Panji TLDM) kepada suami mendiang, Hasley Ali selesai upacara pengebumian jasad mendiang Joanna sambil disaksikan oleh Fauzi. - Gambar Roystein Emmor

Turut hadir memberi penghormatan terakhir ialah Ahli Parlimen Serian Dato Sri Dr Richard Riot Jaem, Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia Mejar Jeneral Datuk Mohamed Fauzi Kamis dan Penasihat Persatuan Veteran Tentera Kor Renjer Datuk Stephen Mundaw.

Terdahulu, pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jasad mendiang dari Ipoh, Perak tiba di Pangkalan Udara TUDM, Kuching pada jam 11.54 malam Rabu.

Sebelum dibawa pulang ke Kuching, jasad mendiang telah melalui prosedur bedah siasat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak.

Jasad mendiang seterusnya dibawa ke Kampung Engkaroh, Tebakang, Serian dan tiba kira-kira jam 2.08 pagi.

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240425/kch-ub250424-hs-mangsatldm-p2.jpg

Jasad mendiang tiba di Tanah Perkuburan Kristian, Kampung Engkeroh, Serian untuk upacara pengebumian. - Gambar Roystein Emmor
Mendiang Joanna merupakan salah seorang daripada 10 mangsa tragedi helikopter TLDM yang terkorban semasa raptai perbarisan Sambutan Hari TLDM Ke-90 pada pagi Selasa lalu.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 9.30 pagi itu melibatkan dua helikopter iaitu pesawat HOM (M503-3) membawa empat kru dan tiga penumpang dan pesawat Fennec dinaiki tiga kru yang bertembung di udara sebelum terhempas di Pangkalan TLDM Lumut.

Rentetan insiden menyayat hati itu, Sambutan Hari TLDM ke-90 yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu telah dibatalkan dan akan digantikan dengan majlis tahlil serta doa selamat untuk mangsa terlibat tragedi berkenaan.

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240425/kch-ub250424-hs-mangsatldm-p3.jpg

Suami mendiang, Hasley Ali meratapi pemergian isteri tercinta di Tanah Perkuburan Kristian, Kampung Engkeroh. -Gambar Roystein Emmor
Selain mendiang Joanna, mereka yang terkorban ialah Komander Muhammad Firdaus Ramli, Komander Muhamad Amir Mohamad, Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin, Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi, Leftenan Sivasutan Thanjappan, Pegawai Waran II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun, Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy, Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi dan Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar.

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240425/kch-ub250424-hs-riotmendiang-p1.jpg

Suasana sayu pada upacara pengebumian mendiang Joanna di Tanah Perkuburan Kristian, Kampung Engkeroh. -Gambar Roystein Emmor


https://www.utusanborneo.com.my/ ... selamat-dikebumikan

Vellfire Publish time 25-4-2024 09:03 PM

Mommy ‘Ira Gapih’ (Mama nak pergi ke mana)

https://suarasarawak.my/wp-content/uploads/2024/04/WhatsApp-Image-2024-04-25-at-6.04.14-PM-e1714040027445-optimized.jpeg

Allesia Felice Haslie bersama-sama bapanya turut serta menabur bunga di pusara ibunya, yang selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Kristian Kampung Engkaroh pagi tadi. - Foto: Ghazali Bujang

SERIAN: Gelagat Allesia Felice Haslie ketika upacara pengebumian ibunya Laskar Kanan Joanna Felicia Rohna di Kampung Engkaroh, di sini membuat orang ramai sebak.

Anak sulung mendiang yang berusia 4 tahun berulang kali memanggil ‘mommy’ sambil berjalan berdekatan keranda ketika upacara doa sebelum pengebumian.

Malah, ketika keranda ibunya diusung sepasukan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), kanak-kanak itu kedengaran bertanyakan ‘mommy ira gapih’ (mama nak pergi mana) sehingga membuat orang ramai yang hadir termasuk Ahli Parlimen Serian, Datuk Seri Richard Riot Jaem menitiskan air mata.

Allesia turut berulang kali melambai ke arah keranda ketika anggota TLDM memasukkannya ke dalam van jenazah sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Kristian Kampung Engkaroh.

Turut hadir pada upacara itu ialah Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia, Mejar Jeneral Datuk Fauzi Kamis, Ketua Pengarah Pasukan Projek Littoral Combat Ship TLDM Lumut, Laksamana Pertama Ir. Ts. Franklin Jeyasekhar Joseph dan bekas Panglima Medan Timur, Leftenan Jeneral (Bersara) Datuk Stephen Mundaw.

Selain Allesia, mendiang Joanna meninggalkan seorang lagi anak, Hovannes Haslie yang berusia setahun dan suaminya, Bintara Muda TMK Haslie Ali, 33.

Sementara, urusan pengebumian mendiang selesai kira-kira jam 11.30 pagi tadi dengan turut dibantu 17 Pegawai dan 61 anggota lain-lain pangkat, berserta 11 kenderaan tentera dan peralatan tentera.

Penyerahan bendera kepada keluarga mendiang dilaksanakan oleh wakil TLDM iaitu Laksamana Pertama Ir. Ts. Franklin Jeyasekhar Joseph.

Jasad mendiang Joanna, 25, yang diterbangkan dari Ipoh dengan pesawat C130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tiba di Pangkalan Udara Kuching pada jam 11.54 malam tadi.

Sejurus tiba, jasad mendiang yang berasal dari Kampung Sumpas Tampek, Serian dibawa ke rumah keluarga suaminya di Kampung Engkaroh.

Selain Joanna, enam lagi pegawai dan anggota TLDM yang terkorban dalam pesawat HOM (M503-3) ialah Komander Muhammad Firdaus Ramli, Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin, Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi, Pegawai Waran II TLR Muhammad Faisol Tamadun, Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy, Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar.

Tiga lagi mangsa yang menaiki Fennec (M502-6) ialah Komander Muhamad Amir Mohamad, Leftenan Sivasutan a/l Thanjappan dan Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi.

https://suarasarawak.my/wp-content/uploads/2024/04/WhatsApp-Image-2024-04-25-at-6.04.14-PM-1-optimized.jpeg

https://suarasarawak.my/wp-content/uploads/2024/04/WhatsApp-Image-2024-04-25-at-6.04.15-PM-optimized.jpeg


https://suarasarawak.my/mommy-ira-gapih-mama-nak-pergi-ke-mana/
Pages: [1]
View full version: Joana, anak Kg Sumpas Tampek di Serian antara terkorban


ADVERTISEMENT