Vellfire Publish time 23-4-2024 10:42 PM

TDM gagalkan cubaan seludup bawang merah kecil ke Indonesia

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240423/kch-ub230424-jl-askarbawang-p1.jpg

Tangkapan dan rampasan dalam operasi tersebut.
KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya mengagalkan cubaan seludup bawang merah kecil ke Indonesia pada Isnin.
Sel Operasi Media Markas Pemerintahan Medan Timur TDM memberitahu, pasukan yang melaksanakan operasi di bawah formasi Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Divisyen) telah menahan sebuah lori yang dilihat mencurigakan di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Stass, Bau sekitar jam 11.20 malam.
Menurutnya, pemeriksaan telah dilakukan dan mendapati lori tersebut membawa muatan 750 guni berisi bawang merah.
"Hasil pemeriksaan mendapati seorang lelaki warga tempatan yang berumur 54 tahun telah membawa muatan sebanyak 750 guni yang berisi bawang merah kecil dianggarkan berjumlah RM75,000 disyaki hendak diseludup ke Indonesia.
"Kesemua hasil rampasan termasuk sebuah lori dianggarkan berjumlah RM 195,000," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
Kesemua barang rampasan berserta lelaki yang ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau untuk tindakan selanjutnya.
"Tentera Darat akan terus komited untuk memperketatkan kawalan di persempadanan Malaysia-Indonesia.
"Ini bagi memastikan kedaulatan negara terus terpelihara dari sebarang bentuk pencerobohan PATI, kegiatan penyeludupan mahupun jenayah rentas sempadan," katanya.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/23/tdm-gagalkan-cubaan-seludup-bawang-merah-kecil-ke-indonesia
Pages: [1]
View full version: TDM gagalkan cubaan seludup bawang merah kecil ke Indonesia


ADVERTISEMENT