Vellfire Publish time 23-4-2024 10:27 PM

Pohon tecoma di Miri mulai mekar menimbulkan pemandangan indah

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240422/myy-ub220424-cc-tecomamiri-p4.jpeg

Pohon-pohon tecoma di Miri yang sedang mekar berbunga.
MIRI: Beberapa lokasi di sekitar bandar raya ini seolah mengalami 'musim bunga' apabila pohon-pohon tecoma juga dikenali sebagai ‘Sakura Malaysia’ kembali berbunga, sekali gus menarik perhatian penduduk dan pelawat, serta turut menjadi bualan hangat netizen.
Pohon-pohon tecoma ini yang mulai galak berbunga sejak minggu lalu, menghasilkan landskap indah warna merah jambu dan merah jambu keputihan sepanjang jalan-jalan di Miri yang ditanam pohon berkenaan, sekali gus mewujudkan pemandangan seolah-olah musim bunga sakura, seperti yang dialami di Jepun.
Pohon tecoma ini dikatakan berasal dari Mexico dan Amerika Tengah, dan dalam bahasa Inggeris, pokok ini dipanggil Pink Trumpet tree, Pink poui, Pink Tecoma atau Rosy Trumpet tree, manakala nama saintifiknya adalah Tabebuia Rosea dari keluarga Bignoniaceae.
https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240422/myy-ub220424-cc-tecomamiri-p3.jpeg
Pohon-pohon tecoma di Miri yang sedang mekar berbunga.
Di Miri dan beberapa bandar lain di negara ini, pokok-pokok ini sering ditanam di tepi jalan dan taman untuk mencantikkan landskap.
Sementara itu, orang ramai yang kagum pemandangan indah 'musim bunga' ini telah menyiarkan dan memuat naik video serta gambar pohon serta bunga merah jambu dan putih tecoma di akaun laman-laman sosial mereka, sambil membandingkannya dengan musim bunga sakura di Jepun, ketika ini.
"Kemekaran tecoma di Miri mengingatkan saya kepada musim bunga sakura di Jepun dan ia memegang kepentingan penting untuk persekitaran estetik dan pastinya berfungsi sebagai tarikan pelancong ke bandar itu," kata Kho Yok Chong.
Kho menambah bahawa pemandangan pokok tecoma membuatkan dia berasa seperti telah melangkah ke Jepun.
‘Kenapa perlu berbelanja beribu-ribu sedangkan anda boleh bersiar-siar di tepi jalan dan menikmati pemandangan tecoma tempatan yang menakjubkan,” katanya.
Beliau juga memuji usaha Majlis Bandaraya Miri (MBM) dan pentadbir terdahulu yang telah menanam dan memupuk pokok tecoma kerana ia telah menjadi elemen penting dalam membentuk landskap bandar raya ini dan meningkatkan daya tarikannya.

Seorang lagi warga Miri, Alimin Mostafa berkata pemandangan cantik bunga-bunga tecoma ini berguguran mengingatkannya kepada adegan dalam manga dan anime Jepun serta filem terutamanya dengan kelopak jatuh perlahan-lahan ditiup angin.
Alimin ditemui selepas melawat saudaranya di hospital berkata bunga itu mengingatkannya tentang kehidupan juga.
"Kemekaran bunga tecoma adalah seperti peringatan bahawa hidup ini singkat tetapi sangat indah," katanya.
Kelopak tecoma mempunyai tekstur kertas nipis dan mekar biasanya dari Mac hingga April, dicetuskan oleh musim kering dan hujan lebat.
https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240422/myy-ub220424-cc-tecomamiri-p5.jpeg

https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/22/pohon-tecoma-di-miri-mulai-mekar-menimbulkan-pemandangan-indah
Pages: [1]
View full version: Pohon tecoma di Miri mulai mekar menimbulkan pemandangan indah


ADVERTISEMENT