Vellfire Publish time 23-4-2024 10:05 PM

Isu harga perumahan perlu diberi perhatian

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240423/dun.jpg

KOTA KINABALU: Masalah harga perumahan semakin meningkat di Sabah adalah isu yang perlu mendapat perhatian serius dari pihak kerajaan negeri.
Rina Jainal (Harapan Rakyat-Kukusan) berkata, pertumbuhan pesat dalam pembangunan infrastruktur perumahan tanpa penilaian yang teliti terhadap kemampuan penduduk setempat untuk membeli telah menyumbang kepada kenaikan harga perumahan.
"Ketidakseimbangan antara penawaran dan permintaan perumahan telah menyebabkan harga menjadi tidak terjangkau bagi kebanyakan penduduk tempatan.
"Oleh itu, kerajaan negeri perlu mengambil langkah proaktif untuk mengatasi masalah ini," katanya dalam sesi perbahasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Beliau berkata, satu langkah yang boleh diambil ialah dengan mewajibkan pemaju untuk menyediakan data lengkap dan terperinci tentang pendapatan penduduk atau 'household income' di kawasan berkenaan, sebelum memulakan projek pembangunan perumahan.
Katanya, data itu akan membolehkan pihak pemaju dan kerajaan menilai sama ada perumahan yang dibangunkan sesuai dengan kemampuan kewangan penduduk setempat.
Selain itu katanya, kerajaan perlu mempertimbangkan perlunya dasar yang lebih mengutamakan pembangunan perumahan yang mempunyai harga berpatutan dan mampu dimiliki oleh lapisan masyarakat.
"Di samping itu, pemantauan yang lebih ketat terhadap syarikat-syarikat pemaju hartanah juga perlu dilakukan bagi mengelakkan harga perumahan dari terus melambung tanpa kawalan," katanya.


https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/23/isu-harga-perumahan-perlu-diberi-perhatian
Pages: [1]
View full version: Isu harga perumahan perlu diberi perhatian


ADVERTISEMENT