Vellfire Publish time 23-4-2024 10:03 PM

Sabah peroleh hasil royalti balak RM28.3 juta tahun ini

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240423/kks-ub230424-san-dun1-p1.jpg

SIDANG DUN: Nizam (kiri) bersama Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Abidin Madingkir (dua kiri) dan Datuk Ruslan Muharam (dua kanan) serta Pembantu Menteri Kewangan Tan Lee Fatt (kanan).
KOTA KINABALU: Sabah memperoleh hasil kutipan royalti balak bulat sebanyak RM28.3 juta setakat 31 Mac tahun ini dan RM629,672.90 bagi hasil kutipan yuran pemeriksaan produk kayu eksport.
Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, kutipan bagi lain-lain hasil hutan yang diperoleh Sabah adalah kira-kira RM10.75 juta.
Menurutnya, jumlah hasil yang dikutip oleh Jabatan Perhutanan Sabah pada 2023 adalah sebanyak RM155,320,887.49.
"Daripada jumlah itu, hasil daripada royalti sumber balak adalah sebanyak RM93,270,201.64 dan hasil kutipan yuran pemeriksaan produk kayu yang dieksport adalah sebanyak RM3,872,617.40.
"Lebihan hasil sebanyak RM58.2 juta adalah daripada lain-lain hasil hutan seperti yuran permit menduduki hutan simpan, yuran pembaharuan lesen, royalti hasil agroforestry iaitu getah dan kelapa sawit, serta yuran pendaftaran kenderaan," katanya semasa sesi soal jawab Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal (WARISAN-Senallang) mengenai jumlah kutipan hasil negeri dari sumber balak dan kayu yang diproses di kilang papan, sama ada dari hasil royalti atau cukai.
Nizam berkata, tiada yuran yang dikutip untuk kayu yang diproses di kilang papan tempatan.
Ini kerana jelasnya, semua kutipan ke atas kayu balak bulat sudah dikenakan di kawasan penghasilan iaitu sebelum dihantar ke kilang pemprosesan.
Katanya, yuran pemeriksaan hanya dikenakan kepada beberapa produk kayu terpilih yang dieksport dan diimport masuk ke Sabah.


https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/23/sabah-peroleh-hasil-royalti-balak-rm283-juta-tahun-ini
Pages: [1]
View full version: Sabah peroleh hasil royalti balak RM28.3 juta tahun ini


ADVERTISEMENT