Vellfire Publish time 23-4-2024 10:02 PM

Kerajaan perlu bersikap tegas atasi masalah setinggan

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240423/dun.jpg

KOTA KINABALU: Kerajaan mesti bersikap tegas untuk segera mengatasi masalah setinggan dalam bandar.
Dr Aliakbar Gulasan (ADUN DILANTIK) berkata, kerajaan harus membuat rancangan yang strategik dengan membina rumah tersusun, menyediakan tapak dan perkhidmatan.
"Isu setinggan sudah wujud selama puluhan tahun, uruslah mereka bagi mengatasi masalah kecurian elektrik.
"Semakin lama tidak diurus, maka semakin lama dan berterusanlah masalah air dan elektrik di negeri ini," katanya dalam sesi perbahasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.
Beliau menjelaskan sehingga sekarang masih tidak nampak sebarang usaha serius daripada pihak kerajaan untuk menyelesaikan masalah setinggan.
"Satu perkara lagi ialah soal tiket penerbangan. Biasanya harga tiket kapal terbang akan meningkat semasa cuti perayaan atau cuti semester.
"Inilah masa terbaik untuk mahasiswa balik ke kampung bertemu keluarga atau membantu ibu bapa mereka. Malangnya, semua penerbangan seolah kapitalis," katanya.
Katanya, mereka mencekik darah dalam kesusahan orang lain. Sepatutnya semasa cuti sebegini harga lebih murah kerana permintaan sangat tinggi.


https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/23/kerajaan-perlu-bersikap-tegas-atasi-masalah-setinggan
Pages: [1]
View full version: Kerajaan perlu bersikap tegas atasi masalah setinggan


ADVERTISEMENT