Vellfire Publish time 23-4-2024 09:58 PM

Lelaki maut, motosikal rempuh kereta

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240423/3b6ede5d-1d41-4322-942d-9c858fb60e6f.jpeg

MAUT: Keadaan kemalangan maut di lokasi kejadian.
PENAMPANG: Seorang penunggang motosikal lelaki maut selepas merempuh sebuah kereta di simpang jalan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putatan semasa hujan lebat di sini.
Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, kejadian jam 2.38 petang itu menyebabkan penunggang motosikal warga tempatan berumur 56 tahun utu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
“Hasil siasatan awal pihak polis di lokasi kejadian mendapati sebuah kereta jenis kompak bergerak dari arah Pekan Putatan menuju ke Kampung Contoh, Petagas.
“Kereta yang melalui jalan lurus itu dilanggar oleh motosikal yang dinaiki mangsa semasa keluar dari simpang Jalan SMK Putatan ke Kampung Contoh, Petagas.
“Impak pelanggaran menyebabkan penunggang motosikal parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya dalam kenyataan media di sini.
Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth I (HQEI), Kota Kinabalu untuk tujuan bedah siasat.
“Pemandu kereta tidak mengalami apa-apa kecederaan fizikal.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
Sementara itu, Sammy berkata polis meminta saksi kejadian untuk tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan.
“Orang awam dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu di jalan raya,” katanya.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/23/lelaki-maut-motosikal-rempuh-kereta
Pages: [1]
View full version: Lelaki maut, motosikal rempuh kereta


ADVERTISEMENT