sfhzuraz Publish time 23-4-2024 09:07 PM

Keluarga Komander Muhammad Firdaus mohon diberikan ruang bertenang

Keluarga Komander Muhammad Firdaus mohon diberikan ruang bertenang



BERNAMA


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/photo_2024-04-23_20-14-48_1713874547.jpg
KOMANDER Muhammad Firdaus



Georgetown: Keluarga Pegawai Memerintah Skuadron 503 Komander Muhammad Firdaus Ramli yang terkorban dalam nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak memohon kerjasama semua pihak supaya memberikan ruang kepada mereka untuk bertenang.
Adik Muhammad Firdaus yang mahu dikenali sebagai Syahira berkata, mereka amat terkejut dengan kejadian itu.
"Kami minta kerjasama semua pihak agar dapat beri ruang untuk keluarga bertenang," katanya ketika ditemui pemberita di rumah keluarganya di Pantai Jerejak di sini hari ini.
Syahira berkata, ibu bapanya telah bertolak ke Pangkalan TLDM Lumut sebaik mengetahui mengenai tragedi itu.
Beliau berkata jenazah akan dibawa balik ke rumahnya di Pantai Jerejak di sini untuk urusan pengebumian.
Menurutnya Muhammad Firdaus, 44, yang merupakan anak sulung daripada tujuh adik beradik itu sangat baik dan mesra dengan semua ahli keluarganya.
Nahas membabitkan pesawat Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan pesawat Fennec (M502-6) yang berlaku pada 9.32 pagi tadi semasa Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90, mengorbankan 10 pegawai dan anggota TLDM termasuk tiga wanita.


Disiarkan pada: April 23, 2024 @ 8:16pm
Keluarga Komander Muhammad Firdaus mohon diberikan ruang bertenang (hmetro.com.my)




paanley Publish time 24-4-2024 11:01 AM

Semoga keluarga tabah dan redha

paanley Publish time 24-4-2024 11:02 AM

Alfatihah dan salam takziah buat keluarga.
Pages: [1]
View full version: Keluarga Komander Muhammad Firdaus mohon diberikan ruang bertenang


ADVERTISEMENT