CARI-HBZ Publish time 23-4-2024 07:10 PM

“Lambaian Penuh Makna..” – Trajedi Pertembungan Dua Helikopter Tinggalkan Kesan Besar, Hantaran Terakhir 503 Squadron Memilukan Hati

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202404/23/191000fuf1ne7lvl5f7oez.png





Awal pagi hari ini, negara dikejutkan dengan kejadian pertembungan dua helikopter yang terbabit dalam latihan lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90. Dalam tragedi itu, seramai 10 mangsa terdiri daripada tujuh kru dan tiga penumpang disahkan maut.


Hari ulang tahun TLDM ke-90


Terbaru, tular di media sosial perkongsian Facebook 503 Squadron pada 19 April lalu menunjukkan dua pesawat HOM-AW139 membabitkan sembilan kru udara dan 11 juruteknik ke Lumut, Perak.


Mereka dijadualkan menyertai Lintas Hormat di KD PELANDOK sempena perbarisan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 pada 27 April 2024.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202404/23/191025ga58g5r39xjhh0x5.png



Manakala, demonstrasi udara di Hari Terbuka Armada dijadualkan pada 3 hingga 5 Mei 2024 di Pangkalan TLDM Lumut, Perak.


Paling menyedihkan, salah satu gambar menunjukkan sebahagian kru yang tinggal memberi lambaian terakhir buat dua pesawat berkenaan.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202404/23/191046fp0iiapap5ussdda.png



Di ruangan kapsyen, admin atau pengendali laman Facebook berkenaan menulis, “Lambaian penuh makna daripada sebahagian kru yang tinggal, selepas ini mereka mungkin boleh balik awal selalu? Entah, min masih mampu bersangka baik”.


Difahamkan, pasukan itu diketuai Pegawai Memerintah Skuadron 503, Komander Muhammad Firdaus Ramli, yang turut menjadi juruterbang sebuah daripada helikopter tersebut.


SUMBER : Facebook/Beautifulnara

KamikuP Publish time 24-4-2024 02:38 PM

Sedih meolls tengok gambor ni

mizruncing Publish time 24-4-2024 02:54 PM

aku x paham maksud caption tu
Pages: [1]
View full version: “Lambaian Penuh Makna..” – Trajedi Pertembungan Dua Helikopter Tinggalkan Kesan Besar, Hantaran Terakhir 503 Squadron Memilukan Hati


ADVERTISEMENT