mattzzx Publish time 23-4-2024 04:08 PM

Zukri Muhammad dilantik Ketua Polis Jerantut

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/WhatsApp-Image-2024-04-23-at-14.50.32_b4f5add1.jpg
ZUKRI Muhammad (kanan) menerima tugas Ketua Polis Daerah daripada Azman Mat Kamis (kiri) dengan disaksikan oleh Yahaya Othman (tengah) di Jerantut hari ini.

JERANTUT – Pegawai Unit Pengambilan dan Perjawatan Bahagian Perkhidmatan Perjawatan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Deputi Superintendan Zukri Muhammad dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Jerantut yang baharu berkuatkuasa hari ini.

Pelantikan beliau adalah bagi menggantikan Superintendan Azman Mat Kamis yang bersara wajib selepas 37 tahun berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia.

Penyerahan serah terima tugas serta pemakaian pangkat Superintendan kepada Zukri Muhammad berlangsung di Padang Kawat Polis Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini dengan disaksikan Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman.

Yahaya berkata, banyak kejayaan telah dicapai oleh Azman sepanjang beliau menerajui IPD Jerantut selama lapan bulan khususnya dari aspek keselamatan dan ketenteraman awam daerah ini.

Selain itu, ujarnya, sepanjang perkhidmatan di IPD Jerantut beliau telah berusaha membina sebuah surau dengan kapasiti 80 orang ahli jemaah bagi memastikan kemudahan anggota IPD beribadat dan program keagamaan serta kejayaannya melaksanakan dokumen menerusi Latihan Dalam Perkhidmatan bagi anggota supaya mahir bidang pengucapan awam.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas segala khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh beliau (Azman) selama perkhidmatan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya dalam bidang pentadbiran serta pengurusan IPD di sini.

“Beliau merupakan seorang yang sangat tegas serta positif dalam hal ehwal kepolisan dengan memastikan anggota pelbagai pangkat memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat,”katanya.

Sementara itu, Yahya berkata, Zukri yang berpengalaman luas pernah bertugas di beberapa daerah di Pahang di bahagian jenayah dan narkotik serta terakhir di Jabatan Pengurusan Bukit Aman sebelum bertukar ke sini.

“Saya juga berharap seluruh anggota IPD Jerantut akan terus memberikan sokongan padu kepada beliau (Zukri) dalam melaksanakan tugas bagi memastikan ketenteraman awam,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04/23/zukri-muhammad-dilantik-ketua-polis-jerantut/
Pages: [1]
View full version: Zukri Muhammad dilantik Ketua Polis Jerantut


ADVERTISEMENT