mattzzx Publish time 23-4-2024 03:27 PM

Tok Gajah uji kombinasi

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/pah_1713855705.jpg
BARISAN kejurulatihan dan pemain Sri Pahang FC musim 2024/2025. FOTO Sri Pahang FC

Kuantan: Pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad tidak meletakkan sasaran pada aksi pramusim Liga Malaysia (Liga M) Zon Timur yang dijadualkan esok dan Ahad ini.

Pada aksi pramusim itu, skuad Tok Gajah berdepan Kelantan Darul Naim (KDN) FC di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, esok manakala Terengganu FC pula di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, Ahad ini.

Bagi Fandi, beliau lebih kepada membentuk persefahaman pada dua perlawanan itu kerana tumpuan sepenuhnya kepada persediaan pada perlawanan pertama Liga Super, 11 Mei depan.

"Tidak ada sasaran pada dua perlawanan pramusim ini kerana kita masih mencari kombinasi terbaik di semua posisi untuk melengkapkan kesebelasan utama Sri Pahang.


"Pada masa sama, kita lebih memberi tumpuan bagi menghadapi perlawanan pertama Liga Super yang diharap membantu pasukan mencatat kemenangan," katanya.

Namun, Fandi mengharapkan anak buahnya menjadikan aksi pramusim itu sebagai motivasi untuk mempamerkan persembahan meyakinkan menjelang perlawanan pertama Liga Super nanti.

Bekas legenda bola sepak Singapura itu percaya dua perlawanan itu akan turut membantunya dalam menyenaraikan kesebelasan utama skuad Tok Gajah.

"Saya harap dapat membantuk skuad utama dan semua pemain perlu memanfaatkan dua perlawanan ini sebaik mungkin. Dengan komitmen dan persembahan menyakinkan dipersembahkan termasuk aksi pramusim di Singapura baru-baru ini, saya percaya pemain akan memberikan yang terbaik," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/04/1082888/tok-gajah-uji-kombinasi
Pages: [1]
View full version: Tok Gajah uji kombinasi


ADVERTISEMENT