mattzzx Publish time 23-4-2024 03:03 PM

Tragedi helikopter TLDM: Komander Firdaus telefon keluarga sebelum nahas

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/WhatsApp-Image-2024-04-23-at-14.17.20_1bcd282a.jpg
Kediaman keluarga Komander Muhammad Firdaus yang terletak di Pantai Jerejak, George Town.

GEORGE TOWN – Ahli keluarga Komander Muhammad Firdaus Ramli, yang terkorban dalam nahas dua helikopter bertembung di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut di Perak memaklumkan yang mereka mengetahui insiden berlaku menerusi media sosial, pagi tadi.

Adik mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Alya, 27, berkata, berita mengenai kejadian yang menimpa abang sulungnya itu kemudiannya disahkan oleh kakak iparnya yang berada di kem berpangkalan di Sabah, antara pukul 9.30 hingga 10 pagi tadi.

Menurutnya, kedua ibu bapanya sudahpun berangkat ke Pangkalan TLDM bagi mendapatkan sebarang maklumkan berkaitan termasuk proses pengurusan jenazah.

“Memang terkejut, abang baru pagi tadi hubungi keluarga, memang setiap masa akan hubungi mereka (ibu dan ayah) termasuk sebelum pergi ke tempat kerja.

“Kali terakhir berjumpa abang pada Hari Raya Aidilfitri lalu di Lumut, kami semua ke sana berjumpa dengannya. Itu kali terakhir kami sekeluarga bertemu.

“Abang nampak seperti biasa, tiada apa-apa perubahan,” katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di kediaman mereka di Pantai Jerejak di sini, sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Alya memberitahu, arwah abangnya yang berkhidmat dalam pasukannya lebih 20 tahun itu meninggalkan seorang balu dan seorang anak berusia empat tahun.

“Kami memang rapat dengan abang malah dia antara abang yang banyak berkorban demi adik-adik. Memang sedih dengan apa yang berlaku.

“Kami minta kerjasama kepada semua pihak supaya beri ruang untuk keluarga bertenang dan sama-sama menanti perkhabaran seterusnya,” ujarnya yang belum dapat mengesahkan sama ada jenazah akan dibawa pulang ke Pulau Pinang mahupun sebaliknya.

Terdahulu, seramai 10 kru dilaporkan terkorban dalam nahas dua helikopter TLDM bertembung kira-kira pukul 9.45 pagi tadi.

Dua helikopter yang terdiri model HOM-AW139 dan Fennec itu berlepas dari Padang Sitiawan pada jam 9.03 pagi.

Pesawat HOM-AW139 dilaporkan terhempas di dalam kawasan Stadium TLDM Lumut manakala pesawat Fennec terhempas dekat kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut. -KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04/23/tragedi-helikopter-tldm-komander-firdaus-telefon-keluarga-sebelum-nahas/

manehnya Publish time 23-4-2024 03:11 PM

memang setiap masa akan hubungi mereka (ibu dan ayah) termasuk sebelum pergi ke tempat kerja.


masyallah, anak yg baik..

meninggalkan seorang balu dan seorang anak berusia empat tahun.

smoga balu kuat dan tabah...


beruntungnya orang yg mati semasa buat apa yg disukai...

gugurnya perajurit negara...

Pages: [1]
View full version: Tragedi helikopter TLDM: Komander Firdaus telefon keluarga sebelum nahas


ADVERTISEMENT