mattzzx Publish time 23-4-2024 11:32 AM

Rajinikanth bintang filem India nombor 2 termahal

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/Rajinikanth.jpeg
RAJINIKANTH

BINTANG filem Tamil terkenal, Rajinikanth berada dalam carta teratas pelakon dengan bayaran tertinggi di India.

Bagi penerbitan sesebuah naskhah mega, bayaran untuknya sahaja boleh mencecah sehingga RM117.8 juta.

Pemilik nama penuh Shivaji Rao Gaikwad itu masih popular walau sudah lima dekad menghiasi pawagam.

Filem terbaharu lakonannya, Jailer memperoleh pulangan lumayan iaitu RM336.7 juta, sekali gus menjadi satu-satunya hero filem Tamil yang berjaya mencecah kutipan filem melebihi RM281 juta.

Menurut laporan Forbes India, Rajinikanth merupakan aktor dengan bayaran tertinggi kedua di India selepas Shah Rukh Khan yang meminta kadar RM167 juta bagi sesebuah filem.

Rajinikanth, 75, juga memiliki beberapa aset serta deretan kenderaan mewah termasuk Rolls Royce Ghost, Rolls Royce Phantom, Lamborghini Urus, Bentley Limousine, BMW X5 dan Mercedes-Benz G Wagon.

https://www.kosmo.com.my/2024/04/23/rajinikanth-paling-kaya-selepas-shah-rukh-khan/

Supersirap Publish time 23-4-2024 02:30 PM

makin tua makin hebat

shida81 Publish time 23-4-2024 10:39 PM

Geli ak tgk dia berlakon ngn heroine muda skang :lol:

Farnor Publish time 2-5-2024 11:10 AM

Sudah jadi pangkat datuk berlakon dgn heroine mudo.. Haha hebat betul.
Pages: [1]
View full version: Rajinikanth bintang filem India nombor 2 termahal


ADVERTISEMENT