mattzzx Publish time 23-4-2024 11:16 AM

Tengok kriket, SRK diiringi kawalan bersenjata api

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/SHAH-RUKH-KHAN.jpg
SHAH RUKH KHAN

KEMUNCULAN superstar Bollywood, Shah Rukh Khan bersama dua anak, Abram Khan dan Suhana Khan di Kolkata hujung minggu lalu mengundang kemusykilan ramai.

Hal ini kerana, pelakon itu dan keluarganya diiringi enam pengawal peribadi bersenjata sebaik turun dari pesawat sehingga ke satu perlawanan kriket di bandar berkenaan.

Situasi tersebut mencetuskan tanda tanya kerana kunjungan sebelum ini ke lokasi sama tidak seketat itu.

Wakil media yang menunggu kehadirannya di lapangan terbang juga pelik dengan tindakan penganjur menggunakan pasukan bersenjata untuk menjaga keluarga tersebut.

Ada peminat berpendapat situasi tersebut mempunyai kaitan dengan kejadian ugutan membabitkan rakannya, Salman Khan.
https://www.kosmo.com.my/2024/04/23/tengok-kriket-srk-diiringi-kawalan-bersenjata-api/
Pages: [1]
View full version: Tengok kriket, SRK diiringi kawalan bersenjata api


ADVERTISEMENT