mattzzx Publish time 23-4-2024 11:11 AM

Raja Muda Perlis berkenan berangkat ke majlis raya UniMAP

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/WhatsApp-Image-2024-04-23-at-09.42.02_fdf4d56f.jpg
Tuanku Syed Faizuddin (tengah) dan Tuanku Lailatul Shahreen (dua dari kanan) menyalakan pelita gergasi sebagai gimik perasmian Majlis Riang Ria Raya Aidilfitri@unimap 2024 di Arau, hari ini. Foto oleh IZLIZAN OTHMAN/KOSMO!

ARAU – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat ke Majlis Riang Ria Raya Aidilfitri @ Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) 2024 di Kampus Alam UniMAP Pauh Putra, di sini hari ini.

Turut berangkat Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Zaliman Sauli dan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Tan Sri Sufri Mhd. Zin.

Majlis bermula pukul 11 pagi hingga 4 petang itu menerima kunjungan kira-kira 4,000 pengunjung.

Sebanyak 16 gerai dari pelbagai jabatan dan fakulti menyediakan pelbagai juadah istimewa buat tetamu yang hadir.

Selain itu, kehadiran tetamu pelbagai kaum di negara ini termasuk pelajar luar negara yang mengenakan busana tradisional turut menampilkan keunikan tersendiri pada majlis itu. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/04/23/raja-muda-perlis-berkenan-berangkat-ke-majlis-raya-unimap/
Pages: [1]
View full version: Raja Muda Perlis berkenan berangkat ke majlis raya UniMAP


ADVERTISEMENT