mattzzx Publish time 23-4-2024 11:00 AM

Klopp hadapi dilema lawan Everton

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/FBL-ENG-PR-FULHAM-LIVERPOOL_1713836743.jpg
KLOPP pening pilih barisan kesebelasan untuk aksi di Everton.

London: Selepas menyaksikan impian meraih gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) terjejas baru-baru ini, Liverpool kembali meraih kemenangan di Fulham kelmariln.

Jaringan Trent Alexander-Arnold, Ryan Gravenberch dan Diogo Jota mengesahkan kemenangan 3-1 membolehkan Reds melonjak ke tangga kedua, menyamai pungutan mata dengan Arsenal.

Jurgen Klopp melakukan lima pertukaran daripada skuad yang menang di Atalanta Jumaat lalu dengan Mohamed Salah antara bintang Liverpool yang memanaskan bangku simpanan.

Namun keyakinan jurulatih dari Jerman itu ke atas skuadnya berbaloi dengan kemenangan sangat berharga di Craven Cottage.


Reds kembali meneruskan misi memburu kejuaraan EPL dengan kunjungan ke Goodison Park awal pagi Khamis ini untuk aksi ketiga daripada empat perlawanan di tempat lawan dalam tempoh sembilan hari.

Namun pada masa sama Klopp berdepan dilema sama ada mahu mengekalkan kesebelasan sama ketika menewaskan Fulham atau menyenaraikan semula beberapa tonggak di Everton.

Selepas kurang menyerlah sejak beberapa minggu lalu, Salah dimasukkan sebagai pemain gantian ketika menentang Fulham dan agak mengejutkan jika dia sekali lagi direhatkan Klopp di Goodison Park.

Luis Diaz beraksi di bahagian kanan dan menyerlah di Craven Cottage manakala gandingan Cody Gakpo dan Jota menghasilkan gol ketiga Liverpool. Salah seorang trio terbabit akan disisihkan jika bintang Mesir itu kembali beraksi dalam barisan kesebelasan Liverpool.

Sementara itu, seperti Salah, Darwin Nunez turut kurang menyinar sejak akhir-akhir ini. Selepas memanaskan bangku simpanan dalam dua perlawanan terakhir, pemain Uruguay itu berharap kembali beraksi.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/04/1082719/klopp-hadapi-dilema-lawan-everton
Pages: [1]
View full version: Klopp hadapi dilema lawan Everton


ADVERTISEMENT