mattzzx Publish time 23-4-2024 10:58 AM

Barca tuntut aksi Clasico ulangan

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/Screenshot_2024-04-23_082436_1713831973.jpg
PERCUBAAN Yamal yang tampak melepasi garisan gol walaupun cuba diselamatkan penjaga gol Madrid. FOTO Agensi

Barcelona: Presiden Barcelona Joan Laporta berkata aksi Clasico menentang Real Madrid perlu diulang semula jika terbukti kesilapan VAR menjadi punca jaringan Lamine Yamal dibatalkan di Bernabéu.

Perlawanan terhenti beberapa minit ketika VAR cuba mengesahkan sama ada percubaan Yamal melepasi garisan gol tetapi gagal dikesan dengan jelas oleh kamera seterusnya keputusan tidak membenarkan jaringan kekal.

"Ada beberapa insiden kontroversi dalam perlawanan itu tetapi ini yang paling penting dan boleh mengubah keputusan perlawanan," kata Laporta dalam kenyataannya malam semalam.

"Saya merujuk jaringan sepatutnya Lamine Yamal. Sebagai kelab, kami mahu pastikan apa berlaku. Untuk itu kami mahu mendapatkan video dan audio insiden itu.



"Jika sah ia jaringan dibenarkan, kami mahukan perlawanan ulangan sama seperti aksi di Eropah susulan kesilapan VAR."

Barcelona meraih 70 mata daripada 32 perlawanan selepas aksi itu, ketinggalan 11 mata di belakang Real.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/04/1082707/barca-tuntut-aksi-clasico-ulangan
Pages: [1]
View full version: Barca tuntut aksi Clasico ulangan


ADVERTISEMENT