YgBenar Publish time 23-4-2024 08:02 AM

Ramai Rasa 'Tertipu' Lepas Mat Salleh Kongsi Chicken Chop Adalah Dari Malaysia Bukan Barat

Edited by YgBenar at 23-4-2024 08:04 AM

Antara yang paling popular sudah tentunya makanan dari negara barat seperti chicken chop. Siapa saja yang tidak suka pada makan ini bukan?




Kebiasaannya, chicken chop akan dimasak dengan cara menggoreng ataupun dipanggang. Di tambah pula dengan sos istimewa yang disediakan.

Namun, baru-baru ini tular sebuah video memaparkan seorang mat salleh yang berkongsi asal usul chicken chop yang sebenar.

Menerusi video tersebut, mat saleh itu memberitahu chicken chop sebenarnya bukanlah berasal dari negara barat tetapi berasal dari Malaysia.

Menurutnya, ia sebenarnya telah diubah suai oleh masyarakat Cina terutama kaum Hainan yang datang ke tanah Melayu semasa zaman penjajahan 90-an yang bekerja sebagai tukang masak untuk kerajaan British pada ketika itu.

Mereka inilah kemudian telah mencipta makanan tersebut yang sehingga hari ini dikenali sebagai chicken chop.

"Ia dicipta untuk kerajaan barat, tetapi ia bukanlah makanan barat. Chicken chop adalah makanan yang patut dibanggakan daripada Malaysia," katanya.

Perkara itu juga membuatkan ada di antara netizen yang merasa 'tertipu' kerana memikirkan makanan ini sebenarnya adalah daripada negara barat.
7359874228188957985

copy_paste Publish time 23-4-2024 08:15 AM

lohh masih ade yg baru tahu ke hahahahaha,
ciken cop,cina buat
roti canai,india buat
nasik lemak,melayu buat
semua dari malaysia

Dwdrum Publish time 23-4-2024 08:29 AM

Yang cipta ini maybe baru balek dari london... Ganti kan fish and chips :lol:
Dahulu ummah coba copy bagel... Di US pun bagel sedap yahood yang buat... Sekarang sudah improve tidak pasti lah...

ChildrenOfBodom Publish time 23-4-2024 08:29 AM

kena omputeh habaq gak ka baru nk sedaq bahawa chicken chop bukan omputeh yg buat??

krustykrab Publish time 23-4-2024 08:51 AM

copy_paste replied at 23-4-2024 08:15 AM
lohh masih ade yg baru tahu ke hahahahaha,
ciken cop,cina buat
roti canai,india buat


Kejap lagi nusarayau marah sb semua tu asal indong:lol:

ctaz Publish time 23-4-2024 09:27 AM

kesian sapa2 yg belom tahu....

rospinki Publish time 23-4-2024 09:34 AM

orang dah tau lama dh..dulu mid 90s makan cikencop kt komtar penang ada satu kedai auntie tu. masa tu bf cina ajak makan sana aku tanya bole makan ke bole katanya kau makan fish and chip aku makan ciken chop.

Firenzza Publish time 23-4-2024 09:45 AM

krustykrab replied at 23-4-2024 08:51 AM
Kejap lagi nusarayau marah sb semua tu asal indong

Klau tengok master chef australia judges selamba ckp laksa, sate & nasi lemak mmg asal dari msia xde sebutnama indon pun

Samerosie Publish time 23-4-2024 10:18 AM

Tak rasa tertipu pun sebab lama dah tau.Kalau makan kat coliseum cafe kat jalan TAR dulu tu pun menu dia akan tulis hainanese chicken chop.Even kalau pergi Yik Mun kat Tg Malim tu pun ada chicken chop hainanese juga.Mmm alamak terigat pula mee hailam dia ..

Weller Publish time 23-4-2024 11:51 AM

bukan dah viral besar besaran ke tahun lepas...?

kucingitam Publish time 23-4-2024 03:13 PM

zaman dulu org cina dari hainan kerja sbg tukang masa oreng2 putih.. they ols la yang cipta chicken chop ni hah..

kucingitam Publish time 23-4-2024 03:14 PM

Samerosie replied at 23-4-2024 10:18 AM
Tak rasa tertipu pun sebab lama dah tau.Kalau makan kat coliseum cafe kat jalan TAR dulu tu pun me ...

kat Semua House dulu ada gerai chicken chop sedap kat food court ia.. John chicken chop ke apa nama dia.. uih sedap

SalenaGomez Publish time 23-4-2024 03:25 PM

Samerosie replied at 23-4-2024 10:18 AM
Tak rasa tertipu pun sebab lama dah tau.Kalau makan kat coliseum cafe kat jalan TAR dulu tu pun me ...

Asal nama omputih, terus ingat menu western :lol:

Sama mcm air dan mee bandung, dulu ada yg ingat dari bandung… tah tah ada org malaysia yg pi bandung order menu air n mee banduNg, yg tu mmg lurus pembaris ;P

dani-rox Publish time 23-4-2024 04:02 PM

pork chop kot yg asalnya dari US :lol:

sangbara2020 Publish time 23-4-2024 04:05 PM

kite xkelim mcm satu negara tu...
tp kita org len yg habaq maii....bermaruahnya kita kan...kohkoh...

kakikuDibibirmu Publish time 23-4-2024 04:19 PM

Atok kau chicken chop!

UhnPFM995fc

mojarean_X Publish time 23-4-2024 04:22 PM

Lapar pula....

kakikuDibibirmu Publish time 23-4-2024 04:24 PM

mojarean_X replied at 23-4-2024 04:22 PM
Lapar pula....

Makanlah, nyum nyum nyum {:mleatanddrink:}{:mlbanana:}

FOTHER-MUCKER Publish time 23-4-2024 04:45 PM

Saya tak ada rasa tertipu pun walaupun saya baru tau ianya berasal sari Malaysia kerana saya tak pernah ambil tau pun.

Yang saya rasa tertipunya tentang Malaysia klim roti chanai berasal dari Malaysia kerana orang Pakistan juga makan roti chanai yang di panggil roti paratha :lol:

Roti chanai buatan malaysia yang di jual di luar negara di kedai arab dan pakistan juga dinamakan sebagai roti paratha. Tetapi roti paratha buatan Malaysia adalah yang tersedap jika nak dibandingkan roti pharata buatsn Pakistan dan india.

Samerosie Publish time 23-4-2024 05:26 PM

kakikuDibibirmu replied at 23-4-2024 04:19 PM
Atok kau chicken chop!


Mutton chop yumyum
Pages: [1] 2 3
View full version: Ramai Rasa 'Tertipu' Lepas Mat Salleh Kongsi Chicken Chop Adalah Dari Malaysia Bukan Barat


ADVERTISEMENT