Vellfire Publish time 22-4-2024 10:39 PM

Kempen derma darah dan saringan kesihatan percuma di Vivacity Megamall Sabtu ini

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240422/kch-ub220424-pg-kempen-p1.jpeg

(Dari dua kanan) Kapitan Tan Cho Yian selaku pengerusi JKKK Kawasan Simpang tiga Kenyalang, Pengerusi Diabetes Malaysia Cawangan Sarawak Dr William Voon, Pengerusi PBSM Stampin Chai Chon Hon, Naib Pengerusi Diabetes Malaysia Cawangan Sarawak Tommy Sim serta yang lain memperkenalkan kempen derma darah dan saringan kesihatan percuma yang akan diadakan 27 April ini.
KUCHING: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kawasan Simpang Tiga Kenyalang, Kuching bersama Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Cawangan Stampin dan Diabetes Malaysia Cawangan Negeri Sarawak akan menganjurkan kempen derma darah dan saringan kesihatan percuma pada 27 April ini (Sabtu).
Menurut satu kenyataan, program itu diadakan dari jam 10 pagi hingga 2 petang di East Atrium, Vivacity Megamall.
Kempen derma darah itu bertujuan menyelamatkan nyawa dan mengelak Bank Darah Hospital Umum Sarawak kekurangan bekalan darah.
Beg kudapan disediakan kepada penderma darah, tambahnya.
Pada masa sama, bagi mempromosikan kesihatan yang baik dan kesejahteraan semua komuniti, akan diadakan juga saringan kesihatan percuma dikendalikan Diabetes Malaysia Cawangan Negeri Sarawak.
Saringan kesihatan itu merangkumi ujian gula dalam darah, tekanan darah, Indeks Jisim Tubuh (BMI) dan pendidikan berkaitan diabetes.
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada Wendy di talian 019-8182244.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/22/kempen-derma-darah-dan-saringan-kesihatan-percuma-di-vivacity-megamall-sabtu-ini

Supersirap Publish time 22-4-2024 10:52 PM

Boleh pergi ke vivacity ni jika berada di Sarawak
Pages: [1]
View full version: Kempen derma darah dan saringan kesihatan percuma di Vivacity Megamall Sabtu ini


ADVERTISEMENT