Vellfire Publish time 22-4-2024 10:37 PM

Azamat juara Pertandingan Bertuntung Kawasan Kampung Jepak 2024

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240422/btu-ub220424-ai-tandinglampuraya-p1.jpg

Wakil rumah Azamat, Sauni dan Tahir yang meraih johan, naib johan dan tempat ketiga kategori individu pertandingan lampu raya kawasan Kampung Jepak.
BINTULU: Azamat Johari, pemilik sebuah rumah di Kampung Masjid Jepak, muncul johan kategori individu Pertandingan Bertuntung Kawasan Kampung Jepak 2024 yang berlangsung 25 Mac hingga 20 April lalu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Naib johan dan tempat ketiga pula masing-masing diraih Sauni Samat Damit untuk rumahnya di Kampung Baru Sebuan Besar dan Tahir Aman untuk rumahnya di Kampung Sebuan Kecil.
Johan, naib johan dan tempat ketiga kategori individu tersebut masing-masing menerima hadiah wang tunai RM1,000, RM800 dan RM300 berserta cenderamata.
Sementara itu, johan untuk kategori kampung pula disandang JKKK Kampung Masjid Jepak yang membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 dan cenderamata.
Naib johan JKKK Kampung Jepak Hulu menerima hadiah wang tunai RM2,000 dan tempat ketiga JKKK Kampung Sebuan Kecil menerima hadiah RM1,000 berserta cenderamata.
Johan pertandingan mencipta video ucapan Selamat Hari Raya pula disandang JKKK Kampung Haji Ismail Kuala Tatau yang menerima hadiah RM1,000.
Naib johan dan tempat ketiga masing-masing disandang JKKK Kampung Sebuan Besar dan JKKK Kampung Jepak Tengah.
https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240422/btu-ub220424-ai-tandinglampurraya-p2.jpg

Wakil JKKK Kampung Masjid Jepak menerima hadiah daripada Iskandar (tengah).
Keputusan pertandingan diumumkan olah pengerusi panel juri Ketua Kaum Pengiran Nasir Pengiran Kerta yang juga Setiausaha Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Jepak.
Pertandingan tersebut diadakan bertujuan memeriahkan sambutan raya untuk kampung-kampung di Jepak dan untuk mengimbau kenangan serta nostalgia raya.
Hadir menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Iskandar Turkee dan isteri Dayang Loha Awang Sahari sempena Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Kawasan Penghulu Jepak dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN N67 Jepak di Balai Raya Kampung Jepak kelmarin.
Yang turut hadir KK Waini Johari, Pegawai Tadbir Sarawak Ali Hikmatullah Khan Ali Sabri yang mewakili pegawai daerah Bintulu, Temenggung Rosli Kamarudin, pengerusi jawatankuasa penganjurnya Pemanca Pengiran Merais Pengiran Ismail, ahli perniagaan Dato Pengiran Daud Pengiran Putera dan isteri serta ketua-ketua masyarakat setempat.

Majlis turut diserikan dengan persembahan pencak silat oleh Perguruan Silat Pesaka Hayat di bawah bimbingan KK Kampung Jepak Hulu Ahmad Bakar yang menyambut ketibaan para tetamu.
Menambah seri majlis ialah persembahan lagu-lagu nasyid oleh kumpulan nasyid Kampung Jepak Hulu, karaoke lagu-lagu raya serta jamuan raya yang dihadiri oleh penduduk setempat termasuk dari Kampung Kuala Tatau dan Segan.
https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240422/btu-ub220424-ai-tandinglampurraya-p3.jpg
Lampu raya replika jambatan milik JKKK Kampung Masjid Jepak yang muncul johan kategori kampung pertandingan lampu raya.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/22/azamat-juara-pertandingan-bertuntung-kawasan-kampung-jepak-2024

Supersirap Publish time 22-4-2024 10:52 PM

Masing-masing ada kreativiti, tahniah diucapkan kepada semua
Pages: [1]
View full version: Azamat juara Pertandingan Bertuntung Kawasan Kampung Jepak 2024


ADVERTISEMENT