Vellfire Publish time 22-4-2024 10:34 PM

Operasi penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching berjalan lancar

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240422/airportkuching.jpg

Gambar hiasan
KUCHING: Operasi penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) kembali seperti biasa dengan Malaysia Airlines dan Air Asia, telah memulakan kembali penerbangan mereka di antara Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak.
Tinjauan Bernama di KIA hari ini mendapati, suasananya kelihatan tenang dengan penerbangan yang tiba dan berlepas juga turut dijadualkan mengikut waktu tanpa sebarang kelewatan.
Petugas syarikat penerbangan Air Asia yang hanya mahu dikenali sebagai Isaac berkata operasi penerbangan kembali seperti biasa sejak hujung minggu lepas, tanpa sebarang penjadualan semula atau kelewatan.
“Semua penerbangan domestik hanya terganggu dan dibatalkan pada 18 April sahaja dan kembali beroperasi secara berperingkat pada hari-hari berikutnya. Alhamdulilah tidak ada sebarang masalah berkaitan,” katanya kepada Bernama.
Pada Khamis lepas, semua penerbangan domestik di Sarawak terpaksa dibatalkan susulan letusan sebuah gunung berapi di wilayah Sulawesi Utara, Indonesiasehingga menyebabkan ramai penumpang terkandas di lapangan terbang dan perlu menjadualkan semula penerbangan mereka.- BERNAMA

https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/22/operasi-penerbangan-di-lapangan-terbang-antarabangsa-kuching-berjalan-lancar
Pages: [1]
View full version: Operasi penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching berjalan lancar


ADVERTISEMENT