Vellfire Publish time 22-4-2024 09:31 PM

Pustaka Sibu adakan Program Jom Baca Bersama esok

Edited by Vellfire at 22-4-2024 01:32 PM

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240422/sbw-ub220424-as-baca.png

Orang ramai digalakkan menyertai Program Jom Baca Bersama untuk 10 Minit yang diadakan di Ruang Infotek, Pustaka Negeri Sarawak, Sibu.
SIBU: Pustaka Negeri Sarawak, Sibu akan mengadakan Program Jom Baca Bersama untuk 10 Minit, esok (23 April) bertempat di Ruang Infotek, Pustaka Negeri Sarawak, Sibu.
Pogram ini akan bermula pada jam 10.30 pagi dengan sedikit pengisian manakala sesi bacaan serentak akan bermula pada jam 11 pagi.
Jom Baca Bersama 10 Minit merupakan program yang dilakukan serentak di seluruh Malaysia dengan bertemakan “Pembacaan Melestarikan Perpaduan”.
Program yang dianjurkan sempena Hari Buku Sedunia ini merupakan acara tahunan anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri, Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM), Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Se-Malaysia (MPAM) Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri.
Selain itu, program ini bertujuan mendorong rakyat Malaysia membaca, dimulai dengan langkah awal selama 10 minit, sebagai tanda komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan.
Pustaka Negeri Sarawak, Sibu turut mengadakan pelbagai pengisian kepada orang awam bersempena dengan program ini bermula yang bermula sejak 17 April lalu sehingga 24 April ini.
Antaranya ialah Jom Baca @ School, sesi bercerita, Ceramah dan Pameran Kesihatan Mental, Maze Challenge, Reading Seeds: Panduan Pemilihan Bahan Bacaan Untuk Kanak-Kanak dan Cabaran Foto/Video Kreatif Membaca.
Turut diadakan pada 23 April ini adalah pameran-pameran perkhidmatan Pustaka Negeri Sarawak.
Justeru, masyarakat Sibu adalah dijemput hadir untuk bersama-sama bagi memeriahkan lagi program ini.
Sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Fiona Ravia di talian 084-315 200 (samb. 221) atau emel fionarav@sarawak.gov.my atau layari laman web rasmi Pustaka Negeri Sarawak di www.pustaka-sarawak.com.


https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/22/pustaka-sibu-adakan-program-jom-baca-bersama-esok
Pages: [1]
View full version: Pustaka Sibu adakan Program Jom Baca Bersama esok


ADVERTISEMENT