Vellfire Publish time 22-4-2024 09:30 PM

Kes amang seksual di Betong: Suspek ditangkap di Batu Niah, Miri

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240422/logopolishiasanub.jpeg

KUCHING: Seorang suspek lelaki yang diburu disyaki terlibat dalam jenayah amang seksual terhadap seorang kanak-kanak di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong berjaya diberkas polis, pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Mathew Manggie berkata, suspek berusia 38 tahun itu diberkas oleh sepasukan polis dari Balai Polis Batu Niah sekitar jam 5.40 pagi.
"Kes telah disiasat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh membawa hukuman penjara tidak lebih tempoh 20 tahun dan hukuman sebat jika sabit kesalahan.
"Suspek kini ditahan reman selama lima hari bermula 21 April hingga 25 April 2024 dan kes masih dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Terdahulu, seorang kanak-kanak perempuan menjadi mangsa amang seksual di tanah perkuburan lama, Betong pada 10 April lalu.
Mathew berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 6.43 petang dan operasi menangkap suspek terus dilancarkan.


https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/22/kes-amang-seksual-di-betong-suspek-ditangkap-di-batu-niah-miri
Pages: [1]
View full version: Kes amang seksual di Betong: Suspek ditangkap di Batu Niah, Miri


ADVERTISEMENT