Vellfire Publish time 22-4-2024 09:27 PM

Beri perhatian utama isu air masin di Sandakan

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240422/kks-ub220424-ysh-frankie1.jpeg

BINCANG: Frankie (kiri) berbincang dengan ADUN Kadamaian Datuk Ewon Benedick ketika dalam persidangan itu.
KOTA KINABALU: Isu air masin di Sandakan masih belum diselesaikan walaupun sudah 16 bulan berlalu.
Datuk Frankie Poon (DAP-Tanjong Papat) berkata, apa tindakan positif diambil jabatan berkaitan untuk mengatasi masalah berkenaan yang mana isu itu menjejaskan kualiti bekalan air rakyat Sandakan.
"Kualiti air bukan sahaja menjejaskan kehidupan penduduk Sandakan, malah akan menjejaskan semua pelawat dan bakal pelabur.
"Kualiti air yang teruk akan memberi kesan negatif kepada pelawat dan pelabur yang datang ke Sandakan.
"Kita ingin menarik lebih ramai pelabur dan bukanlah menakutkan mereka," katanya pada perbahasan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini, hari ini.
Beliau berkata, sektor industri juga merungut tentang kekurangan atau tiada bekalan air dari jabatan berkaitan di Sandakan.
Katanya, ia sememangnya telah menambahkan kos pengeluaran mereka dan tidak menggalakkan kehadiran bakal pelabur.
"Kegagalan untuk menyelesaikan isu tertunggak ini, akan menjadi ‘bumerang’ kepada usaha kerajaan untuk membawa masuk pelabur.
"Kita harus memastikan bahawa semua pengusaha industri berpuas hati dengan infrastruktur terlebih dahulu, untuk mengelakkan kerugian pelabur, kerana lebih mudah bagi syarikat untuk menghentikan pelaburan daripada memulakan pelaburan," katanya.
Dalam hal ini katanya, adakah kerajaan Sabah mempunyai sebarang perancangan untuk menyediakan air industri untuk kegunaan industri dan bukannya membekalkan air terawat biasa untuk kegunaan manusia, bagi menyelesaikan isu kekurangan air terawat untuk kegunaan manusia.
Katanya, usaha itu akan membantu mengelakkan isu kedua-dua pihak bersaing untuk mendapatkan sumber bekalan air yang sama dan menyebabkan gangguan bekalan air kepada kedua-dua kumpulan pengguna ini.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/22/beri-perhatian-utama-isu-air-masin-di-sandakan
Pages: [1]
View full version: Beri perhatian utama isu air masin di Sandakan


ADVERTISEMENT