Vellfire Publish time 22-4-2024 09:23 PM

Wujudkan rancangan dasar pandang ke Timur dalam negara

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240422/kks-ub220424-ysh-ewontimur1.jpeg

BAHAS: Ewon ketika dalam perbahasan di DUN Sabah, hari ini
KOTA KINABALU: Sudah tiba masanya kerajaan Sabah tampil dengan satu rancangan 'dasar pandang ke Timur dalam negara' iaitu membangunkan Sabah (dan Sarawak) sebagai hub ekonomi Malaysia yang baharu.
Datuk Ewon Benedick (UPKO Kadamaian) berkata, beliau mencadangkan kerajaan Sabah tampil dengan satu pelan rancangan ekonomi yang progresif untuk dikemukakan dan dituntut daripada kerajaan Persekutuan terutama dalam penyediaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) 2026-2030.
"Jika Indonesia sedang membangunkan IKN di Kalimantan, manakala Thailand pula mulai bercakap membina terusan kapal mereka.
"Maka selayaknya kita di Sabah perlu tampil kompetitif dalam perancangan potensi ekonomi masa depan kita terutama aktiviti perdagangan yang aktif di Laut Sulu dan aktiviti perhubungan udara Borneo yang rancak di Sabah," katanya pada perbahasan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini, hari ini.
Sementara itu katanya, pembangunan 'Greater Kota Kinabalu' daripada Tuaran sehingga ke Papar semakin pesat terutama sektor pembangunan hartanah, pelancongan dan komersial.
Katanya, sudah tentu pengurusan sisa pepejal perlu ditangani dengan lebih baik.
"Dalam hubungan ini, saya ingin mengajukan pertanyaan kepada kerajaan Sabah, apakah perancangan untuk memodenkan pengurusan sisa pepejal di Kayu Madang pada masa ini termasuk rancangan membangunkan teknologi tenaga boleh diperbaharui melalui aktiviti pengurusan sisa pepejal di Kayu Madang?"Saya juga ingin mengetahui samada Kerajaan Sabah mempunyai rancangan pembinaan pusat pengurusan sisa pepejal moden di daerah-daerah lain yang boleh mengeluarkan tenaga boleh diperbaharui sesuai dengan hasrat kita untuk membangunkan industri tenaga baharu serta pengurusan alam sekitar yang lebih mapan," katanya.


https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/22/wujudkan-rancangan-dasar-pandang-ke-timur-dalam-negara
Pages: [1]
View full version: Wujudkan rancangan dasar pandang ke Timur dalam negara


ADVERTISEMENT