Vellfire Publish time 22-4-2024 09:20 PM

Cubaan seludup minyak petrol ke negara jiran gagal

Edited by Vellfire at 22-4-2024 01:23 PM

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240422/twu-ub22042024-hs-seludupp1.jpg

RAMPAS: Semua minyak petrol yang dirampas dibawa ke Pangkalan PPM Semporna untuk tindakan lanjut.
SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya mematahkan cubaan menyeludup minyak petrol ke negara jiran menerusi Op Taring Gelora di perairan Tanjung Pantau-Pantau, di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.15 pagi itu, pasukan operasi mengesan sebuah bot laju dalam keadaan mencurigakan di perairan berkenaan.
Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin berkata, pihaknya bertindak mengejar dan memintas bot terbabit untuk tujuan pemeriksaan.
Bagaimanapun, katanya, bot berkenaan memecut laju ke kawasan cetek di Tanjung Pantau-Pantau dan bertindak nekad terjun laut sebelum menghilangkan diri.
“Pasukan operasi berusaha mencari suspek terbabit, namun gagal kerana keadaan kawasan sekitar yang gelap,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.
Menurutnya, anggota PPM membuat pemeriksaan terhadap bot suspek dan menemukan sebanyak 61 buah jerikin dan dua unit tong yang kesemuanya berisi minyak petrol.
Ahmad berkata, semua minyak petrol berkenaan disyaki cuba diseludup ke negara jiran berdasarkan tujuan dan jumlah yang mereka bawa.
“Semua barang rampasan termasuk minyak petrol, bot dan enjin yang dianggarkan bernilai RM33,626.25 itu kemudian dibawa ke Pangkalan PPM Semporna untuk tindakan lanjut.
“Barang rampasan berkenaan akan dirujuk ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk siasatan kes mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/22/cubaan-seludup-minyak-petrol-ke-negara-jiran-gagal
Pages: [1]
View full version: Cubaan seludup minyak petrol ke negara jiran gagal


ADVERTISEMENT