sfhzuraz Publish time 22-4-2024 07:02 PM

KPDN Kelantan sita 1,020kg minyak masak peket

KPDN Kelantan sita 1,020kg minyak masak peket

OlehHAZELEN LIANA KAMARUDIN

22 April 2024 05:55pm







https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/04/22/2623587.jpg
KPDN Kelantan menyita 1,020 kilogram (kg) minyak masak peket bersubsidi bernilai RM2,550 dalam serbuan di Pasir Tumboh, Kota Bharu pada Ahad.



KOTA BHARU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menyita 1,020 kilogram (kg) minyak masak peket bersubsidi bernilai RM2,550 dalam serbuan di Pasir Tumboh dekat sini pada Ahad.
Pengarahnya, Azman Ismail berkata, dalam serbuan jam 12.30 tengah hari itu KDPN Kelantan turut menahan tiga lelaki yang sedang memunggah barangan kawalan tersebut ke dalam kereta jenis Perodua Myvi dan van.


"Susulan itu, anggota bertugas menahan tiga lelaki termasuk pemilik premis bagi membantu siasatan," katanya pada Isnin.
Menurutnya, pemeriksaan di lokasi serbuan membawa kepada penemuan kotak-kotak berisi minyak masak di dalam kenderaan terbabit dan kesemua mereka yang ditahan itu berusia antara 30 hingga 50 tahun.


Azman memberitahu, semasa serbuan suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen dan rekod berkaitan pemilikan barang kawalan terbabit.
Tambahnya, KPDN Kelantan sentiasa mempertingkatkan tugasan penguatkuasaan serta Ops Tiris dan Ops Membanteras Ketirisan Barang Kawalan di negeri ini dari masa ke semasa.
"Tindakan tegas diambil bagi membendung kegiatan aktiviti tidak bermoral ini supaya pengguna dapat menikmati sepenuhnya subsidi kerajaan, seterusnya suspek akan dikenakan denda yang tinggi serta dipertuduhkan di mahkamah selanjutnya.
"Pengguna boleh melaporkan sebarang aduan yang berkaitan dengan penyelewengan barang kawalan serta di bawah bidang kuasa KPDN melalui saluran yang disediakan oleh pihak kementerian," katanya.

KPDN Kelantan sita 1,020kg minyak masak peket - Sinar Harian



Pages: [1]
View full version: KPDN Kelantan sita 1,020kg minyak masak peket


ADVERTISEMENT