sfhzuraz Publish time 22-4-2024 05:35 PM

Asrama, bilik guru hangus kebakaran di Pusat Maahad Al Quran Abdullah Al Arifin

Asrama, bilik guru hangus kebakaran di Pusat Maahad Al Quran Abdullah Al Arifin


Oleh Zuliaty Zulkiffli - April 22, 2024 @ 5:03pm bhnews@bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/photo1713776058_1713776626.jpg
Keadaan asrama di Pusat Maahad Al Quran Abdullah Al Arifin yang musnah dalam kebakaran. - Foto ihsan bomba







JITRA: Bangunan asrama dan bilik guru di Pusat Maahad Al Quran Abdullah Al Arifin di sini hangus dalam kebakaran hari ini.
Bagaimanapun tiada mangsa tercedera berikutan ketika kejadian bangunan terbabit kosong kerana semua pelajar berada di surau.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Bustan Karudin berkata, sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan jam 2.44 petang,
Operasi turut dibantu sepasukan anggota dari BBP Bukit Kayu Hitam, Pasukan Bomba Sukarela (PBS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).
"Kebakaran membabitkan bahagian asrama dan bilik guru. PBS Padang Sera tiba awal di lokasi kejadian untuk memadam kebakaran," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Mohd Bustan berkata, kemusnahan pusat Maahad Tahfiz itu dianggarkan hampir 70 peratus dari keseluruhan bangunan, dengan api berjaya dikawal jam 3.05 petang.https://assets.bharian.com.my/images/articles/photo1713776062_1713776628.jpgSetakat ini punca dan kerugian masih dalam siasatan.
Asrama, bilik guru hangus kebakaran di Pusat Maahad Al Quran Abdullah Al Arifin (bharian.com.my)







Pages: [1]
View full version: Asrama, bilik guru hangus kebakaran di Pusat Maahad Al Quran Abdullah Al Arifin


ADVERTISEMENT