FOTHER-MUCKER Publish time 22-4-2024 03:38 PM

Bukan di indonesia: Ajaib! Budak ‘speech delay’ sembuh sebab Alamak Raya Lagi!

Edited by FOTHER-MUCKER at 21-4-2024 11:39 PM


Ajaib! Budak ‘speech delay’ sembuh sebab Alamak Raya Lagi!


[*]Oleh HANISAH SELAMAT
[*]21 April 2024, 12:19

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/WhatsApp-Image-2024-04-21-at-10.30.07.jpegLagu Alamak Raya Lagi! bukan sahaja popular bahkan membantu kanak-kanak yang mengalami masalah 'speech delay'.


PETALING JAYA – Mencetuskan fenomena sehingga meraih 17 juta tontonan dalam tempoh sebulan di YouTube, Alamak Raya Lagi! nyanyian De Fam terus mencipta kejayaan membanggakan apabila membantu kanak-kanak menghadapi masalah pertuturan atau speech delay.
Perkara tersebut dikongsi seorang ibu yang meluahkan perasaan teruja apabila anaknya yang berhadapan kelewatan bercakap boleh menyanyikan mengikut lagu tersebut.
Wanita itu bersyukur kerana lagu Alamak Raya Lagi!membuatkan anaknya itu mahu membuka mulut dengan mengikut bait seni kata walaupun kurang lancar.
“Satu-satunya lagu anak saya yang speech delay boleh ikut menyanyi walaupun dia sebut hujung-hujung sikit sahaja tapi sudah cukup buat kami gembira.
“Terima kasih untuk lagu itu,” katanya yang berkongsi kegembiraan di ruangan komen Facebook sebuah portal hiburan.
Sebelum ini dalam keterujaan ramai terhadap lagu raya pertama Azira Shafinaz, Cik Manggis dan Sophia Liana itu, terdapat kritikan segelintir pihak terhadap pemilihan perkataan ‘alamak’.
Frasa tersebut disifatkan seolah-olah pencipta dan kumpulan terbabit menunjukkan seperti tidak gembira menyambut Aidilfitri.
Begitupun, Azira mewakili dua rakannya berpendapat lirik single Alamak Raya Lagi!tidak membawa maksud negatif mahupun seperti didakwa sesetengah pihak iaitu mencarut.
Pada masa sama, ‘demam’ lagu berkenaan juga tular sehingga luar negara apabila ramai artis dan peminat menjadikannya sebagai latar video dalam platform TikTok.
Antaranya adalah artis k-pop, TRI.BE, selain kumpulan wanita Jepun, Avantgardey, pelakon dan juga penyanyi Thailand iaitu Gam Wichayanee serta ramai lagi pemilik akaun TikTok termasuk di India dan China. – KOSMO! ONLINE



cantthinkofany Publish time 22-4-2024 03:43 PM

la ni...tiap kali sebut alamak...tersambung bait lagu tu....mcm by default je dah....bila terlupa sesuatu...sebut alamak...tapi sekarang ni...alamaaaaakkk....raya lagi.....terus sambung nyanyi

FOTHER-MUCKER Publish time 22-4-2024 03:52 PM

Edited by FOTHER-MUCKER at 21-4-2024 11:53 PM

Bercukurlah kerana Malaysia ada ustajah yang suka ambil tau untuk membawa ummah kejalan yang benar!



nrVtj0avTZ0?si=vcWVyefErPfcQ_eC

krustykrab Publish time 22-4-2024 04:35 PM

Nanti mesti ada yg komen..baik ko buka video mengaji bg anak ko dengar

allshares Publish time 22-4-2024 09:56 PM

Sbb perkataan tu ulang2 kot. Lama2 boleh tangkap.

batmana Publish time 22-4-2024 10:58 PM

Benda normal..tapi bukan pulih pun..cume sebut lagu tu je xde delay..
Serupa mcm klip rancangan tahfiz Indonesia
.ada sorg tu tergagap2 nk start..tapi bila dh fokus bole terus baca surah tanpa delay...

Firenzza Publish time 22-4-2024 11:07 PM

Bila ustajah nak komen muntri ckp x serupa bikin munapik tuh?

noor2 Publish time 23-4-2024 06:10 AM


h5J2TALbp-I?si=Bs8Gp_JiobXL5LUA

bottombikini Publish time 23-4-2024 06:25 AM

noor2 replied at 23-4-2024 06:10 AM


hahaha..ini grup chibi maruko

B40tastePosh Publish time 23-4-2024 06:38 AM

Kalau Ustaz Ustazah Kentut Fataj, Cuci Korek Jubo, Kencing Batuk mesti suruh sebut Ya Allah Ya Allah untuk atasi speech delay.

Tapi tak berkesan, so tak boleh buat bisnes, kalau dapat buat bisnes mesti tembak menembak di Eropod.

Thunderclouds Publish time 23-4-2024 10:13 AM

krustykrab replied at 22-4-2024 04:35 PM
Nanti mesti ada yg komen..baik ko buka video mengaji bg anak ko dengar

Aku rasa kt kelas ppki ank aku dok bukak lagu ni waktu screening time @ time senamrobik.
Dr mggu lepas dok ulang² ayamak ayamak. :lol:
Aku mana bkk lagu² melayu kt umah @ dlm kete;P

Belibis Publish time 23-4-2024 10:45 AM

Huhhhh..konoha pun kalah kalau macam ni..:lol:

salimrock Publish time 23-4-2024 10:50 AM

Edited by salimrock at 23-4-2024 10:55 AM

mmg haram, tp lebih baik dr sotong tu, lagi la haram jadah

Tinot7 Publish time 23-4-2024 01:16 PM

Tang mana yg mencarut?
Pages: [1]
View full version: Bukan di indonesia: Ajaib! Budak ‘speech delay’ sembuh sebab Alamak Raya Lagi!


ADVERTISEMENT