mattzzx Publish time 22-4-2024 12:30 PM

Ms Puiyi saman bekas rakan kongsi, dakwa ditipu RM4.3 juta

https://assets.bharian.com.my/images/articles/puiyi_1713760020.jpg
Selebriti internet, Ms Puiyi (tengah) ditemani peguam dalam sidang media berhubung saman yang difailkan terhadap bekas rakan kongsi.

GEORGETOWN: Pempengaruh, model yang juga pelakon, Siew Pui Yi, memfailkan saman terhadap bekas rakan niaganya yang didakwa menipu hingga menyebabkan beliau kerugian mencecah RM4.3 juta.

Selebriti internet yang dikenali sebagai Ms Puiyi, 25, itu mendakwa lelaki berusia 29 tahun yang juga bekas ahli lembaga pengarah syarikatnya, memperdaya beliau hingga menyerahkan wang berkenaan bagi menyelesaikan tunggakan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), tahun lalu.

"Saya memfailkan tindakan sivil ini terhadap individu yang dikenali sebagai 'Mentos' kerana dia telah menipu dan memperdaya saya untuk menyerahkan lebih kurang RM4.3 juta.

"Dia menipu saya dengan janji dapat menyelesaikan isu cukai pendapatan dengan LHDN dan tindakan sivil difailkan untuk mendapatkan semula jumlah wang yang ditipu itu," katanya pada sidang media di sini, hari ini


Pui Yi yang mempunyai 24 juta pengikut di Instagram, turut mendakwa individu terbabit telah menyeleweng wang dari syarikatnya PY Empire Sdn Bhd sejak Jun 2022.

Katanya, dia diperkenalkan dengan lelaki terbabit oleh seorang rakan pada 2019 sebelum mereka menjadi rakan kongsi perniagaan dan dia melantik lelaki itu sebagai ahli lembaga pengarah dalam PY Empire Sdn Bhd.

"Dia menguruskan hal ehwal sumber manusia dan melaburkan dana syarikat (saya)," kata pelakon filem Pulau dan KL Love Story itu.

Sementara itu, peguam Pui Yi, K Mahendran berkata, kes sivil sudah difailkan di Mahkamah Tinggi di sini semalam dengan menamakan individu dikenali sebagai Mentos itu sebagai defendan.

"Anak guam saya menuntut ganti rugi khas berjumlah RM4 juta, kos dan ganti rugi lain," katanya.

Beliau berkata, laporan polis turut dibuat di Ibu Pejabat Daerah Timur Laut pada 24 Oktober tahun lalu kerana transaksi pertama pindahan wang itu dibuat di Pulau Pinang.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/04/1237623/ms-puiyi-saman-bekas-rakan-kongsi-dakwa-ditipu-rm43-juta
Pages: [1]
View full version: Ms Puiyi saman bekas rakan kongsi, dakwa ditipu RM4.3 juta


ADVERTISEMENT