mattzzx Publish time 22-4-2024 12:14 PM

Guru lelaki tumbuk, sepak rakan sekerja wanita sudah ditahan polis

https://assets.bharian.com.my/images/articles/PDRM-gari_1713758846.jpg
KUALA TERENGGANU: Polis menahan guru lelaki yang disyaki memukul rakan sekerjanya dalam kejadian di sebuah sekolah rendah dekat Kemaman semalam.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan, berkata suspek berusia 49 tahun itu ditahan di sebuah kuarters guru kira-kira jam 9.30 malam tadi.

Beliau berkata, suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman untuk tindakan lanjut.

Katanya, penahanan suspek dilakukan susulan laporan yang dibuat mangsa yang juga guru wanita di Balai Polis Air Putih jam 8.20 pagi semalam.


"Mangsa yang juga guru Bahasa Inggeris berusia 32 tahun, memaklumkan ditumbuk dan disepak suspek di kawasan kantin sekolah pada jam 6.55 pagi.

"Punca kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 di Wisma Darul Imandi sini hari ini.

Media sebelum ini seorang guru wanita cedera selepas dipukul rakan sekerja di sebuah sekolah rendah di daerah Kemaman.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/04/1237617/guru-lelaki-tumbuk-sepak-rakan-sekerja-wanita-sudah-ditahan-polis
Pages: [1]
View full version: Guru lelaki tumbuk, sepak rakan sekerja wanita sudah ditahan polis


ADVERTISEMENT