mattzzx Publish time 22-4-2024 11:48 AM

Horner bidas Wolff

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/Screenshot_2024-04-22_111740_1713755991.jpg
HORNER yakin terus simpan Verstappen.

London: Christian Horner menggesa Toto Wolff supaya hanya fokus kepada pencapaian pasukannya sendiri selepas bos Mercedes itu masih berterusan mahu mendapatkan Max Verstappen.

Pemandu Red Bull Verstappen dari Belanda meraih satu lagi kemenangan di China semalam sekali gus mengesahkan statusnya sebagai pemain terbaik Formula Satu (F1).

Dia menjuarai 21 daripada 23 perlumbaan terakhir dan kekal dalam landasan untuk meraih gelaran dunia keempatnya.

Mercedes pasukan yang sebelum ini menguasai sukan itu berdepan satu lagi detik mengecewakan selepas George Russell menduduki tangga keenam manakala Lewis Hamilton merungut keretanya kurang kelajuan ketika berakhir di tempat kesembilan.

Namun di sebalik kecemerlangan musim ini, Verstappen yang kontraknya sehingga 2028 menegaskan dia akan kekal di Red Bull sehingga tahun depan walaupun pasukannya berdepan kontroversi pada awal musim.

Bercakap sebelum perlumbaan semalam, berkata dia hanya mahukan suasana senyap dan aman ketika menjawab sama ada dia mahu terus kekal di Red Bull.

Manakala Wolff yang mahu mencari pengganti Hamilton yang bakal berpindah ke Ferrari masih mengharapkan Verstappen dapat menyertai Mercedes.

Bagaimanapun, Horner tetapi berpendapat Verstappen, 26, tidak akan meninggalkan pasukan yang hanya tujuh kali gagal muncul juara dalam 49 perlumbaan terakhir.

"Ketika bila dia (Wolff) berkata itu (mengenai Verstappen)?" katanya. "Saya tak fikir masalah Toto adalah pemandunya. Dia perlu fokus aspek lain daripada pemandu yang tidak boleh dimilikinya."
https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2024/04/1082408/horner-bidas-wolff
Pages: [1]
View full version: Horner bidas Wolff


ADVERTISEMENT