mattzzx Publish time 22-4-2024 10:32 AM

Saya masih menyayangi isteri saya, Farah – Hafizul

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/WhatsApp-Image-2024-04-22-at-09.20.41.jpeg
Anggota polis mengiringi Hafizul (kiri) semasa di tiba pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Bharu hari ini untuk prosiding sambung reman. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

KOTA BHARU – “Assalamualaikum, saya masih menyayangi isteri saya, Farah Md. Isa.”

Kata-kata ringkas itu dilontarkan oleh Hafizul Harawi, 38, yang terlibat dalam kes tembak di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 1), Sepang kepada sekumpulan wartawan sebaik tiba di Kompleks Mahkamah Kota Bharu di sini hari ini untuk prosiding sambung reman.

Terdahulu, Hafizul yang dikawal ketat anggota Bahagian Siasatan Khas (D9) tiba di pekarangan mahkamah dengan trak polis memakai baju lokap oren kira-kira pukul 8.38 pagi tadi.

Sebelum ini, dia direman selama tujuh hari bermula 16 April lalu sehingga hari ini untuk membantu siasatan kes mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, selepas melarikan diri lebih 36 jam, Hafizul yang disyaki melepaskan tembakan di Balai Ketibaan KLIA, Sepang ditahan polis pada Isnin minggu lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, Hafizul ditahan di depan sebuah hospital swasta di sini kira-kira pukul 3 petang. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/04/22/saya-masih-menyayangi-isteri-saya-farah-hafizul
Pages: [1]
View full version: Saya masih menyayangi isteri saya, Farah – Hafizul


ADVERTISEMENT