mattzzx Publish time 22-4-2024 10:09 AM

Justin Bieber nafi bercerai dengan isteri

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/HAILEY-BIERBER-2-e1713688976809.jpg
Justin Bieber dan isteri, Baldwin.

KEMUNCULAN pasangan selebriti Justin Bieber dan Hailey Baldwin pada festival muzik Coachella baru-baru ini menepis dakwaan ramai mengenai keretakan rumah tangga mereka.

Pasangan terbabit dilihat mesra ketika hadir menyaksikan persembahan penyanyi Lana Del Ray pada festival tersebut.

    Bieber dilihat mengusap kepala sebelum mencium kening Baldwin sekali gus menutup segala spekulasi ramai, kononnya bakal bercerai tidak lama lagi.

Khabar angin tersebut mula bertiup kencang selepas Baldwin dilihat kerap muncul seorang diri di beberapa acara tanpa ditemani suaminya.
https://www.kosmo.com.my/2024/04/22/justin-bieber-nafi-bercerai-dengan-isteri/
Pages: [1]
View full version: Justin Bieber nafi bercerai dengan isteri


ADVERTISEMENT