mattzzx Publish time 22-4-2024 10:00 AM

PSG di ambang juara Ligue 1

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/SOCCER-FRANCE-PSG-LYO_REPORT_1713747546.jpg
RAMOS meraikan jaringan keempat PSG. FOTO Reuters

Paris: Paris Saint-Germain semakin hampir menjuarai satu lagi gelaran Ligue F1 selepas membelasah Lyon 4-1, jaringan sama ketika mereka menewaskan Barcelona dalam aksi Liga Juara-Juara minggu lalu.

Kesemua gol terhasil pada babak pertama di Parc des Princes, awal pagi tadi menerusi jaringan sendiri Nemanja Matic dan Lucas Beraldo yang membolehkan PSG mendahului dua gol dalam tempoh enam minit.

Goncalo Ramos kemudiannya menjaringkan dua lagi gol ketika Kylian Mbappe direhatkan di bangku simpanan sepanjang perlawanan manakala gol tunggal Lyon diperoleh menerusi Ernest Nuamah

PSG yang tidak tewas aksi Ligue 1 sejak September kini 11 mata di depan Monaco di tangga kedua dengan baki lima perlawanan lagi.


Ia bermakna jika mereka akan menjuarai gelaran Perancis ke-10 dalam 12 musim jika menang di Lorient awal pagi Khamis ini dan Monaco gagal mengatasi Lille pada waktu sama.

Lyon pula satu mata di belakang Rennes di tangga ketujuh yang memadai untuk layak ke Eropah jika gagal menewaskan PSG ketika kedua-dua pasukan bertemu sekali lagi pada final Piala Perancis pada penghujung Mei.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/04/1082375/psg-di-ambang-juara-ligue-1
Pages: [1]
View full version: PSG di ambang juara Ligue 1


ADVERTISEMENT