mattzzx Publish time 22-4-2024 09:59 AM

Ten Hag 'tak malu' menang penalti ke atas Coventry

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/FBL-ENG-FACUP-COVENTRY-MAN_UTD_1713744338.jpg
HOJLUND menjaringkan penalti kemenangan ke atas Coventry di Stadium Wembley. FOTO AFP

London: Erik ten Hag mengakui Manchester United 'terselamat daripada hukuman' selepas mereka gagal mengekalkan kelebihan tiga gol awal dan terpaksa memerlukan penentuan penalti untuk menewaskan Coventry dalam aksi separuh akhir Piala FA di Stadium Wembley awal pagi tadi.

Kelab Liga Kejuaraan itu hampir mendapatkan satu lagi gol di penghujung masa tambahan tapi dibatalkan VAR manakala Rasmus Højlund menjaringkan penalti kemenangan United sekali gus menempah pertembungan final Piala FA dengan Manchester City pada penghujung Mei.

"Perasaan bercampur baur," kata Ten Hag ketika sidang media selepas tamat perlawanan.

"Tetapi ia satu pencapaian layak ke final Piala FA dua kali dalam masa dua tahun. Apabila anda dominasi perlawanan, 3-0 di depan, kami sepatutnya menang.


"Cara kami lakukan tidak bagus dan bermula minit ke-70 sehingga penamat, kami lakukan kesilapan. Kami kerap mengecewakan sesama sendiri. Tapi hari ini kami terselamat."

Pengurus Unitd itu ketika ditanya sama ada dia malu menang perlawanan ke atas kelab Kejuaraan itu yang tewas tiga daripada empat aksi terakhir mereka.

"Tidak, saya tak nampak itu," katanya. "Pada akhirnya ia mengenai pencapaian. Saya nampak kesilapan kami tetapi ia bukan memalukan, ia pencapaian besar."

Walaupun mara ke final Piala FA dan berpeluang menjuarai trofi kedua sebagai pengurus United, masa depan Ten Hag di Old Trafford masih kelam dan dia menafikan kemenangan perit ke atas Coventry menjejaskan lagi kedudukannya di mata pengurusan kelab.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/04/1082363/ten-hag-tak-malu-menang-penalti-ke-atas-coventry
Pages: [1]
View full version: Ten Hag 'tak malu' menang penalti ke atas Coventry


ADVERTISEMENT