mattzzx Publish time 22-4-2024 09:56 AM

Piala Asia B-23: Pemain negara belum matang

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/B-23-1.jpg
SKUAD B-23 negara terpaksa menerima hakikat tersingkir pada aksi Piala Asia B-23 selepas mencatat kekalahan kedua menentang Vietnam. - FB FAM

PENGENDALI skuad bawah 23 Tahun (B-23) negara, Juan Torres Garrido mahu semua pihak dapat menerima kekurangan yang ada pada pasukan kali ini apabila gagal melepasi peringkat Kumpulan D Piala Asia B-23.

Jurulatih itu menjelaskan kekalahan 0-2 kepada Vietnam di Stadium Antarabangsa Khalifa, kelmarin menjadi bukti jelas pemain masih belum matang sepenuhnya untuk mengharungi kejohanan besar.

“Apa saja yang saya katakan sekarang akan kedengaran sebagai alasan, namun inilah situasinya. Mungkin kita boleh melakukan persiapan lebih baik untuk masa akan datang,” katanya.

Pada aksi kelmarin, Khuat Van Khang menyempurnakan sepakan percuma untuk meletakkan Vietnam di depan sebelum pasukan negara sekali lagi menghadiahkan penalti dan kesempatan itu pantas disempurnakan oleh Vo Hoang Minh.

Selain kesilapan yang berlaku, skuad negara juga harus menyalahkan diri sendiri kerana gagal menyempurnakan beberapa peluang terbaik untuk menjaringkan gol khususnya di separuh masa pertama.

Esok, skuad negara bakal melengkapkan aksi terakhir Kumpulan D dengan harapan mampu menghasilkan mata dan menjaringkan sekurang-kurangnya satu gol sebagai pengubat duka pada penyertaan kali ini.

“Kesilapan boleh berlaku kerana pemain masih muda dan kurang pengalaman, kami juga gagal memanfaatkan peluang untuk menjaringkan gol.

“Saya setuju (Malaysia tidak patut tewas) dan saya bangga dengan prestasi pemain, namun usaha yang mereka tunjukkan nyata belum lagi cukup,” katanya.
https://www.kosmo.com.my/2024/04/22/piala-asia-b-23-pemain-negara-belum-matang/
Pages: [1]
View full version: Piala Asia B-23: Pemain negara belum matang


ADVERTISEMENT