CARI-HBZ Publish time 22-4-2024 08:10 AM

Wanita hampir buta selepas sulam kening

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202404/22/081017wah8m86zvzmwiqb6.png



LONDON – Seorang wanita yang mengubah bentuk dan warna keningnya dengan melakukan prosedur sulaman kening dikejarkan ke hospital kerana mengalami masalah yang membuatkan dia berisiko menjadi buta, lapor portal berita Detik semalam.


Wanita berasal dari Britain, Danielle Hubbard tidak menjalani ujian alahan sebelum dia melakukan prosedur itu.


Pewarna yang digunakan dalam prosedur itu disyaki kuat dan menjadi pencetus kepada keadaan tersebut.


Menurut Hubbard, selepas proses itu berlaku, tiada sebarang perubahan atau kesakitan yang dirasainya.


Namun keesokan harinya, mata kirinya mula membengkak dan mukanya menjadi merah sehingga meradang.


“Saya tidak dapat melihat, kemudian berasa sakit kerana kening saya mula membengkak dan meradang,” katanya.


Selepas dibawa ke hospital, Hubbard diberikan steroid bagi merawat keadaan itu selama dua minggu sebelum wajahnya beransur pulih. – AGENSI

vanillaninja Publish time 22-4-2024 08:20 AM

Nasib baik tak buta.

Itzy Publish time 23-4-2024 12:14 AM

Bodoh ubah ciptaan Allah, tak tahu bersyukur

BoongaKertas Publish time 23-4-2024 04:05 PM

dh kenapa sampai nak bersulam. aduh. beauty is pain is so stupid phrase.
Pages: [1]
View full version: Wanita hampir buta selepas sulam kening


ADVERTISEMENT