Vellfire Publish time 21-4-2024 06:11 PM

Bratakthon sempena sambutan Hari Bung Bratak pada 1 Mei

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240421/kch-ub210424-at-bratakthon.jpg

Sertai acara larian Bratakthon sempena sambutan Hari Bung Bratak pada 1 Mei di Kampung Tembawang Sauh, Jalan Bau-Lundu.
KUCHING: Sempena sambutan Hari Bung Bratak pada 1 Mei depan, satu acara larian maraton mini atau Bratakthon akan turut diadakan pada hari yang sama.
Acara Bratakthon akan bermula jam 7 pagi yang menawarkan hadiah trofi, pingat dan wang tunai kepada pemenang dan peserta dengan yuran pendaftaran RM10 seorang.
Pengerusi Persatuan Warisan Bung Bratak (BBHA) Dato Peter Minos berkata, acara larian itu terbuka kepada semua sebagai aktiviti sampingan bagi sambutan Hari Bung Bratak.
Tidak seperti acara larian lain, Bratakhon kata Minos sangat menyeronokkan di mana peserta akan berlari mendaki bukit yang dikelilingi hutan semula jadi.
“Bratakthonpasti tidak akan mengecewakan kerana memberikan pengalaman yang unik kepada pesertanya, menikmati alam semula jadi di samping bersukan.
“Jadi, jangan lepaskan peluang untuk sertai Bratakthon dan seterusnya sama-sama memeriahkan sambutan Hari Bung Bratak,” katanya.
Dalam pada itu mereka yang berminat menyertai Bratakthon boleh berhubung dengan Pengurus Pusat Warisan Bung Bratak (BBHC) Brenda (019-8497664). Dalam pada itu, Hari Bung Bratak diadakan setiap 1 Mei bagi meraikan sejarah dan kebudayaan masyarakat Bidayuh.
Pelbagai aktiviti diadakan bagi sambutan tersebut, antaranya persembahan tarian Bidayuh oleh kumpulan kebudayaan dari Kampung Selampit, Kampung Opar dan Kampung Serayan.
Turut diadakan pertunjukan permainan tradisional dengan penyertaan dari Kampung Jugan dan kawasan Krokong.
Bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Bung Bratak, kumpulan pemuzik popular High Breed dari Kampung Semeba juga akan membuat persembahan.
Penyanyi popular Bidayuh antaranya Claudia Geres juga akan membuat persembahan pada hari tersebut.


https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/21/bratakthon-sempena-sambutan-hari-bung-bratak-pada-1-mei
Pages: [1]
View full version: Bratakthon sempena sambutan Hari Bung Bratak pada 1 Mei


ADVERTISEMENT