Vellfire Publish time 21-4-2024 06:08 PM

Ketua kaum harus jalankan tugas dengan penuh komited

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240421/btu-ub210424ar-kennedy.jpg

Kennedy menyampaikan sijil pelantikan kepada salah seorang ketua kaum pada majlis berkenaan.
BELAGA: Setiap ketua kaum yang dilantik harus memainkan peranan proaktif bagi memastikan mereka mampu menggalas tanggungjawab yang diamanahkan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum Kennedy Chukpai Ugon.
Katanya, ketua kaum atau masyarakat merupakan perantaraan antara kerajaan dan komuniti di bawah jagaan mereka yang mana mereka merupakan penyalur maklumat antara kedua-dua belah pihak.
"Apa yang penting ialah setiap ketua kaum harus kekal proaktif dan berdamping dengan komuniti setempat terutama mengenai setiap program atau projek pembangunan yang telah dan akan dilaksanakan," ujarnya.
Kennedy berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penyerahan Sijil Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum Daerah Belaga di bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Belaga pada Jumaat.
Menurutnya, kepimpinan dari peringkat akar umbi yang kukuh akan memastikan segala agenda pembangunan dapat dilaksana dengan mudah dan berkesan yang mana ketua masyarakat memainkan peranan penting menerangkan kepada penduduk di kawasan jagaan masing-masing.
"Justeru, kebijaksanaan ketua kaum dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan buat mereka akan memastikan segala agenda atau program yang dirancang dapat dilaksanakan secara berkesan dan mencapai objektif," ujarnya.
Kennedy pada masa sama menzahirkan rasa bangga serta syabas buat semua ketua masyarakat dan ketua kaum yang menerima sijil pelantikan masing-masing pada hari berkenaan.
Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Telekomunikasi) merangkap ADUN N.65 Belaga Datuk Liwan Lagang, Senator Michael Mujah Lihan, Ahli Dewan Negara Galong Luang dan Residen Bahagian Kapit Bidah Lujah antara yang hadir.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/21/ketua-kaum-harus-jalankan-tugas-dengan-penuh-komited
Pages: [1]
View full version: Ketua kaum harus jalankan tugas dengan penuh komited


ADVERTISEMENT