Vellfire Publish time 21-4-2024 06:04 PM

PETROS kini mempunyai peranan yang besar

Tingkat, bina rangkaian menerusi pelan hala tuju gas Sarawak antara peranan besar PETROS

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240421/kch-ub210424-hs-petrosjulaihi-p1.jpg
"Begitu juga di Samalaju, Sarawak Energy Berhad (SEB) akan menggunakan gas membangunkan penjanaan elektrik sebanyak 1,500 megawatt.”
Dato Sri Julaihi Narawi
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi
Oleh Hamkar Sarbinee
KUCHING: Usaha meningkatkan dan membina rangkaian di seluruh Sarawak menerusi pelan hala tuju gas Sarawak antara peranan besar yang ditugaskan di bawah Petroleum Sarawak Berhad (PETROS).
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi berkata, ia menunjukkan PETROS kini mempunyai peranan yang besar berbanding sebelum ini.
Menurutnya, gas merupakan sebahagian sumber yang boleh digunakan untuk menjana elektrik seperti pembinaan combine cycle gas turbine (CCGT) di Miri yang telah dibangunkan oleh PETROS di mana ia mampu menghasilkan 500 megawatt kuasa elektrik.
"Begitu juga di Samalaju, Sarawak Energy Berhad (SEB) akan menggunakan gas membangunkan penjanaan elektrik sebanyak 1,500 megawatt.
"Dalam pada itu, PETROS terlibat dalam proses perolehan penyimpanan, pengedaran dan menetapkan harga yang bukan sahaja untuk kegunaan domestik tetapi untuk keperluan pelabur dan pemerolehan kuasa," katanya.
Beliau berkata demikian semasa ditemui media pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran bersama Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak dan agensinya di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.
Julaihi berkata, pelantikan PETROS sebagai pengagregat gas berkuat kuasa 1 Februari lalu di bawah Ordinan Rang Udang-Undang 2023 membolehkan badan itu melaksanakan tanggungjawab yang digariskan di bawah ordinan berkenaan.
"Ini bermakna semua entiti yang terlibat dalam aktiviti upstream (huluan) dan downstram (hiliran) terutama gas perlu bekerjasama dengan PETROS.
"Pada masa yang sama, agensi yang menjalankan aktiviti upstream dan downstream itu juga perlu mendapatkan lesen daripada kementerian kami memandangkan ia undang-undang negeri," tegasnya.
Katanya, ia antara langkah awal setelah PETROS dilantik sebagai penagregat gas dan hasil yang diperolehi akan diumumkan nanti.
"Hasilnya nanti akan diumumkan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg," katanya.


https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/21/petros-kini-mempunyai-peranan-yang-besar

Pages: [1]
View full version: PETROS kini mempunyai peranan yang besar


ADVERTISEMENT