Vellfire Publish time 21-4-2024 05:59 PM

Perlembagaan persekutuan perlu dipinda untuk benar-benar mengiktiraf Sarawak sebagai wilayah

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240421/kch-ub210424-at-chong.jpg

Chong (tiga kanan) mengagihkan kampit beras 5kg kepada orang ramai semasa Program Jualan Madani Agro di Hui Sing, Kuching.
KUCHING: Perlembagaan persekutuan perlu dipinda untuk benar-benar mengiktiraf Sarawak sebagai sebuah wilayah dalam pembentukan Malaysia, kata Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen.
Menurut Chong, hakikatnya Sarawak masih diiktiraf sebagai sebuah negeri dalam perlembagaan persekutuan.
“Sekiranya kerajaan negeri serius untuk menghapuskan perkataan negeri, cara yang betul ialah dengan meminda perlembagaan persekutuan.
“Apa yang berlaku sekarang adalah dalam perlembagaan sedia ada, Sarawak masih sebuah negeri,” katanya ketika ditemui pada Program Jualan Madani Agro di Hui Sing di sini hari ini.
Chong diminta mengulas mengenai catatan Facebook oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian yang menyatakan Dewan Undangan Negeri Sarawak telah ditukar nama kepada Dewan Undangan Sarawak.
Dalam catatan di Facebooknya, Dr Sim berkata jabatan kesihatan sepatutnya dikenali sebagai Jabatan Kesihatan Sarawak dan bukannya Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.
Begitu juga dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak ditukar kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak tanpa perkataan negeri.
Bercakap mengenai Program Jualan Madani Agro tersebut, sebanyak 300 pek makanan disediakan kepada orang ramai pada harga hanya RM10 sahaja.
“Tujuan program ini adalah untuk membantu meringankan beban kenaikan kos sara hidup rakyat,” katanya.
Program jualan ini dijayakan dengan peruntukan kepada Ahli Parlimen menerusi Pusat Khidmat Parliman Stampin.
Selain 300 pek makanan, sebanyak 300 kampit beras 5 kilogram (kg) juga diagihkan pada program jualan tersebut, tambahan kepada pek makanan yang disediakan.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/21/perlembagaan-persekutuan-perlu-dipinda-untuk-benar-benar-mengiktiraf-sarawak-sebagai
Pages: [1]
View full version: Perlembagaan persekutuan perlu dipinda untuk benar-benar mengiktiraf Sarawak sebagai wilayah


ADVERTISEMENT