Vellfire Publish time 21-4-2024 05:56 PM

Musim perayaan landasan terbaik semua kaum meraikan kepelbagaian budaya, adat resam

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240421/whatsappimage2024-04-21at143056.jpeg

Doris (duduk tiga kanan), Andar (duduk kanan) bersama ahli USK Nanga Klassen semasa Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri anjuran USK berkenaan.
SRI AMAN: Perayaan adalah landasan terbaik untuk semua kaum meraikan kepelbagaian budaya dan adat resam, kata Ahli Parlimen Sri Aman Datuk Seri Doris Sophia Brodie.
“Inilah uniknya Malaysia, semua rakyat berpeluang meraikan pelbagai perayaan tanpa mengira latar belakang, kaum mahupun agama,” ujarnya.
Doris berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri di Kampung Nanga Klassen bersama saudara mara dan warga Urusetia Saudara Kita (USK) Ng Klassen, Sri Aman dekat sini hari ini.
Katanya, walupun berbeza agama dan kaum, meraikan perayaan pelbagai kaum di negara ini bukan suatu halangan bagi kita kerana kita semua hidup dalam satu rumpun rakyat Malaysia.
“Kita di negara ini sebenarnya sangat bertuah kerana semua kaum memahami adat budaya pelbagai kaum dan sebab itu ikatan perpaduan di kalangan kaum kita di negara ini sangat utuh,” jelasnya.
Pada majlis berkenaan, beliau memuji usaha jawatankuasa USK kerana berjaya menganjurkan majlis itu pada tahun ini.
“Saya berharap USK akan terus menganjurkan majlis ini dan pelbagai lagi aktiviti yang lain selapas ini,” katanya.
Hadir sama pada majlis berkenaan Penghulu Andar Suntai dan Penghulu Mingging Sigan.


https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/21/musim-perayaan-landasan-terbaik-semua-kaum-meraikan-kepelbagaian-budaya-adat-resam
Pages: [1]
View full version: Musim perayaan landasan terbaik semua kaum meraikan kepelbagaian budaya, adat resam


ADVERTISEMENT