Vellfire Publish time 21-4-2024 05:36 PM

SOSHF sambut baik pengumuman Perdana Menteri

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240421/kks-ub210424-ysh-soshf1.jpeg

EVA
KOTA KINABALU: Persatuan Tabung Pesakit Jantung Sabah (SOSHF) menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Sabah akan mempunyai Pusat Jantung Negara sendiri.
Presiden SOSHF Datuk Eva Susau berkata, pihaknya sangat berterima kasih atas keprihatinan Anwar yang meluluskan peruntukan bagi membina kemudahan itu di Sabah.
"Ini sudah pasti akan menjadi harapan kepada rakyat Sabah kerana kemudahan penjagaan kesihatan di sini akan diperkasakan.
"Selepas bertahun lamanya SOSHF memohon untuk Sabah mempunyai pusat jantung sendiri, kini kita mampu melihat sendiri usaha itu yang sudah berhasil," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, pengumuman itu membuktikan kerajaan kini komited untuk memastikan kebajikan kesihatan rakyat diperkasakan. Ia juga berita baik kepada rakyat Sabah yang sudah menunggu kemudahan disediakan di sini.
Katanya, apabila siapnya nanti, kemudahan itu akan mengurangkan bebanan kepada pesakit serta keluarganya khususnya dari segi kos dan berkaitan, berbanding ketika ini yang perlu mendapatkan rawatan di Kuala Lumpur.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/21/soshf-sambut-baik-pengumuman-perdana-menteri
Pages: [1]
View full version: SOSHF sambut baik pengumuman Perdana Menteri


ADVERTISEMENT