Vellfire Publish time 21-4-2024 05:27 PM

Mengadu dengan KMKK jika ada masalah berkait kad pengenalan, kewarganegaraan: Mawan

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240420/srk-ub200424-ks-mawan-p1.jpg

Mawan menyampaikan cek kepada salah sebuah organisasi Majlis Penyerahan Geran/Cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) DUN Pakan baru-baru ini.
SARIKEI: Individu yang mempunyai masalah berkaitan kad pengenalan atau kewarganegaraan terutama di Daerah Pakan diminta agar mengadu dan berkomunikasi dengan ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) di kawasan masing-masing.
Penasihat di Pejabat Premier Sarawak (Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah) Tan Sri William Mawan Ikom berkata, KMKK perlu memainkan peranan membantu masyarakat di bawah jagaan mereka untuk menyelesaikan masalah tersebut.
"Pihak kita akan sedia untuk membantu rakyat yang mempunyai masalah berkaitan dengan kewarganegaraan.
"Oleh itu, kita ingin memohon kepada pihak KMKK di peringkat akar umbi supaya menyelidik dan membantu mereka yang belum mendapatkan kerakyatan.
"Syaratnya, mereka harus membuktikan bahawa mereka merupakan rakyat sah negara ini dan juga perlu mendapat sokongan daripada KMKK," ujarnya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Geran/Cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) DUN Pakan di Bilik Serbaguna Pejabat Daerah Pakan, baru-baru ini.
Sebanyak lapan badan bukan kerajaan (NGO) menerima cek yang berjumlah lebih RM200,000 pada majlis itu.
Pada masa sama, Mawan menyeru KMKK agar sentiasa berusaha dalam membantu masyarakat di bawah jagaan mereka dengan adil dan saksama.
"KMKK perlu memainkan peranan dan tanggungjawab mereka dengan sebaik yang mungkin dan mengamalkan dasar keterbukaan dalam semua perkara.
"Dewasa ini, peranan dan tanggungjawab KMKK amat besar dan mereka perlu menjalinkan hubungan yang baik dengan agensi kerajaan agar mereka peka dengan setiap perancangan dan pembangunan yang dijalankan oleh kerajaan di kawasan mereka," ujar Mawan lagi.
Penerima cek pada majlis itu ialah Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Pakan, JKKK Rumah Regina Batu 13 Munggu Rian, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti, Biro Wanita Rumah Eba, JKKK Rumah Roseni Ngkarong, RANDO Pejabat Daerah Sarikei, Majlis Kebajikan dan Sukan (MAKSAK) Pejabat Residen Sarikei dan Kelab RANDO Pejabat Residen Sarikei.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/20/mengadu-dengan-kmkk-jika-ada-masalah-berkait-kad-pengenalan-kewarganegaraan-mawan
Pages: [1]
View full version: Mengadu dengan KMKK jika ada masalah berkait kad pengenalan, kewarganegaraan: Mawan


ADVERTISEMENT