mattzzx Publish time 21-4-2024 05:26 PM

Sanggup buat pinjaman bank, tak sedar diri kena scam

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/z2111scam04_1713690279.jpg
GAMBAR hiasan

Johor Bahru: Bimbang akan dikenakan tindakan undang-undang berhubung kiriman barang terlarang, dua individu kerugian RM394,000 kerana terpedaya dengan penipuan melalui panggilan telefon.

Ketua Polis Johor, Komisioner M.Kumar berkata kes pertama membabitkan seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun yang membuat laporan polis kelmarin.

Menurutnya, pada Selasa lalu, pemilik bengkel kimpalan itu menerima panggilan daripada individu yang memperkenalkan dirinya sebagai pegawai perkhidmatan penghantar kiriman.

"Pegawai terbabit menyatakan terdapat barang terlarang diposkan menggunakan butiran peribadi mangsa.


"Mangsa kemudian disambungkan kepada pegawai polis yang memaklumkan akaun banknya terbabit dalam aktiviti penipuan, dan meminda bayaran bagi menyelesaikan kes.

"Mangsa mengikut arahan suspek dan membuat 15 transaksi secara dalam talian ke lapan akaun bank berbeza dengan nilai RM 234,000,"katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Manakala bagi kes kedua, Kumar berkata seorang penjawat awam wanita pada semalam, menyatakan ada menerima panggilan telefon dari individu dengan jawatan yang sama seperti kes pertama.

Katanya, mangsa berusia 30 tahun juga ditawarkan penyelesaian kes secara dalam talian.

"Mangsa mendakwa panggilan disambungkan kepada pegawai polis dan mengikut arahan suspek.

"Mangsa juga membuat pinjaman bank untuk penyelesaian kes terbabit dan membuat transaksi secara dalam talian berjumlah RM160,000.

"Dalam kedua-dua kes ini, mangsa didorong untuk membuat pembayaran ke akaun yang diarahkan kerana takut tindakan undang-undang diambil terhadapnya, tanpa membuat semakan atau merujuk kepada mana-mana pihak termasuk ahli keluarga," katanya.

Kes disiasat dibawah seksyen 420 kanun keseksaan.

Sejak Januari tahun ini, Polis Johor menerima sebanyak 148 laporan polis berhubung penipuan phone scam melibatkan kerugian bernilai RM 5.88 juta.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/04/1082247/sanggup-buat-pinjaman-bank-tak-sedar-diri-kena-scam
Pages: [1]
View full version: Sanggup buat pinjaman bank, tak sedar diri kena scam


ADVERTISEMENT