Vellfire Publish time 21-4-2024 05:24 PM

DBP pelawa penyertaan bagi Deklamasi Sajak Hari Bandar Raya Miri 2024

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240420/myy-ub-200424-ai-sayembaradeklamasisajak-p1.jpg

Poster Sayembara Deklamasi Sajak Hari Bandar Raya Miri 2024.
MIRI: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak mengalu-alukan penyertaan pelajar sekolah menengah dan penduduk di Bahagian Miri untuk menyertai Sayembara Deklamasi Sajak Hari Bandar Raya Miri 2024 sempena dengan Festival Puisi Bandar Raya Miri 2024.
Menerusi hantaran di Facebook DBP Cawangan Sarawak, program itu dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak melalui Pejabat Pendidikan Daerah Miri, Majlis Bandaraya Miri, Pustaka Negeri Sarawak Miri dan Persatuan Penulis Utara Sarawak (PUTERA).
"Sayembara anjuran DBP Cawangan Sarawak pada kali ini terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori sekolah menengah dan kategori umum," kata hantaran tersebut.
Borang penyertaan dan syarat-syarat sayembara bagi dua kategori berkenaan boleh didapati pada pautan menerusi hantaran di Facebook DBP Cawangan Sarawak atau DBP Malaysia.
Selain itu, borang penyertaan dan syarat-syarat sayembara juga boleh didapati dengan mengimbas kod QR menerusi poster yang dikeluarkan di Facebook DBP Cawangan Sarawak atau DBP Malaysia.
Sayembara itu menggunakan kaedah secara rakaman video untuk peringkat saringan dan secara bersemuka di peringkat akhir.
Teks sajak yang digunakan mestilah sajak-sajak yang terdapat dalam tiga buku Antologi Puisi Hari Bandar Raya Miri yang berjudul 'Miri, Kota Bianglala,' 'Miri, Kota Cinta' dan 'Miri, Kota Inspirasi.'
Tarikh tutup penghantaran borang penyertaan, sesalinan teks sajak dan video persembahan deklamasi tersebut mesti sebelum atau pada Ahad, 5 Mei 2024.
Setiap borang penyertaan dan rakaman video peserta bolehlah dihantar melalui e-mel kepada shamsulidzam@gmail.com atau melalui telegram 012-8642877.
Sementara itu, antara objektif penganjuran program ini adalah bagi mencipta perspektif masyarakat tentang Miri sebagai sebuah bandar raya yang unik, maju dan moden melalui kaca mata masyarakat Miri.
"Selain itu, ia juga bertujuan bagi memupuk rasa bangga dalam kalangan generasi muda dan masyarakat terhadap bandar raya Miri, membina bakat deklamasi dalam kalangan pelajar sekolah menengah dan penduduk di Miri serta sebagai acara tahunan sambutan Hari Bandar Raya Miri," jelas DBP Cawangan Sarawak.
Sebarang pertanyaan mengenai sayembara ini bolehlah menghubungi Pegawai Projek Shamsul Idzam Jamil melalui talian 082-227000.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/20/dbp-pelawa-penyertaan-bagi-deklamasi-sajak-hari-bandar-raya-miri-2024
Pages: [1]
View full version: DBP pelawa penyertaan bagi Deklamasi Sajak Hari Bandar Raya Miri 2024


ADVERTISEMENT